Thursday, October 3, 2013

Kerajaan DAP Pulau Pinang Yang Menzalimi Rakyatnya !!




Zalim sungguh Kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan YAB Lim Guan Eng, Anti Melayu dan menindas Islam kerana tidak menjemput Utusan, Berita Harian, TV3 dan juga RTM di majlis menerima bantuan permulaan ke IPT dari kerajaan Negeri DAP yang dikatakan rasis itu.  

Seyap-senyap saja buat majlis itu pada 30 September lalu di Butterworth. Majlis itu diadakan di Dewan Dato' Haji Ahmad Badawi telah dirasmikan oleh YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang Y.B Dato' Haji Mohd Salleh bin Man. 
Orang yang dizalimi...
Seramai 400 penerima bantuan ke IPT telah dijemput untuk hadir dan sebanyak RM314,000.00 turut diagihkan dalam majlis itu. Keseluruhannya sehingga kini, Zakat Pulau Pinang telah mengagihkan sebanyak RM2.3 juta untuk bantuan permulaan ke IPT.

Lagi bukti Kerajaan DAP menzalimi penduduk Islam;

[1]. Kerajaan negeri Pulau Pinang memperuntukkan RM213,000 kepada semua masjid di sekitar negeri sempena bulan Ramadan tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim berkata peruntukan ini bertujuan mengimarah dan menghidupkan bulan Ramadan dengan pelbagai aktiviti yang akan meningkatkan syiar Islam khususnya di negeri ini.

"Jumlah peruntukan yang dicadangkan adalah sebanyak RM5,000 untuk kegunaan masjid negeri, RM2,000 untuk setiap masjid daerah dan RM1,000 kepada masjid kariah," katanya.
 
Beliau berkata, sumbangan kerajaan negeri ini akan membolehkan masjid menjalankan pelbagai aktiviti dan akan mengeratkan hubungan perpaduan masyarakat khususnya umat Islam melalui masjid.

[2]. Di bawah pemerintahan UMNO-BN, peruntukan untuk hal-ehwal Islam hanya RM12 juta setahun. Di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat pula, jumlah ini telah dinaikkan setiap tahun sehingga peruntukan untuk tahun 2012 sudah pun mencecah RM64 juta, iaitu lima kali ganda lebih.

Peruntukan besar ini merangkumi usaha-usaha untuk, antara lainnya, pembesaran tapak perkuburan Islam, pembangunan Sekolah Agama Rakyat, elaun-elaun untuk pegawai masjid, guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), para Huffaz serta progam-program sambutan kebesaran Islam (yang mengikut UMNO tidak disambut sama sekali di Pulau Pinang). Tidakkah ini membantu masyarakat Islam yang rata-ratanya orang Melayu?


  

No comments:

Post a Comment