Tuesday, October 1, 2013

Ini Sebabnya Kenapa Arab Saudi Larang Wanita Memandu !!




Dua aktivis wanita Arab Saudi memfail tuntutan mahkamah terhadap kerajaan kerana tidak membenarkan mereka memiliki lesen memandu dan mengharamkan wanita daripada memandu.

"Tidak ada undang-undang sebenar yang mengatakan wanita tidak boleh memandu di Arab Saudi, oleh itu tiada alasan yang menghalang mereka untuk mengeluarkan lesen kepada wanita, Hak Saya, Maruah Saya". Kata Manal yang berusaha bagi menghentikan diskriminasi terhadap wanita di negara ini. - Manal al-Sherif, ikon kempen Internet bagi menolak pengharaman wanita daripada memandu.

Manal yang ditahan pada Mei 2011 selama 10 hari selepas memuat turun video dia sedang memandu dalam laman YouTube berkata, dia bertindak demikian kerana dihalang memiliki lesen memandu.

Ini kajian perubatan dan kenyataan dari seorang Ulama;

Memandu boleh rosakkan ovari?

RIYADH - ARAB SAUDI - Seorang ulama terkemuka di Arab Saudi mendakwa bahawa memandu boleh memberi kesan sampingan kepada golongan wanita termasuk merosakkan ovari selain menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah klinikal.

Jumaat lalu, dalam satu wawancara yang dipaparkan di dalam laman sesawang sabq.org, Sheikh Saleh al-Lohaidan turut menyokong hujahnya itu bersama dengan kajian perubatan yang menunjukkan perbuatan memandu sebenarnya memberi kesan secara terus kepada ovari selain menolak pelvis ke atas.

"Perkara ini dapat dilihat dengan jelas kerana wanita yang memandu secara kerap biasanya akan mempunyai anak yang mengalami pelbagai masalah klinikal," jelasnya menurut laporan Reuters.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu susulan daripada tindakan beberapa aktivis yang mengadakan kempen baru untuk membantah larangan tersebut pada 26 Oktober depan.

Cemburu pula bila melihat rakan-rakan dan orang lain mencapat cahayamata, sedangkan baru saja berkahwin...

Sukar Memperolehi Zuriat?

Kira-kira 1/3 kes ketidaksuburan berkaitan dengan wanita dan 1/3 daripada lelaki dan selebihnya adalah campuran faktor faktor yang dikenalpasti.

Penyebab Ketidaksuburan:

1. Masalah ovulasi merupakan penyebab ketidaksuburan wanita kerana tiada telur yang akan disenyawakan.

2. Tanda - tanda wanita yang tidak berovulasi secara normal termasuklah haid tidak tetap atau tidak datang haid.

Penyebab lain :

1. Saluran falopio terhalang dengan penyakit radang pelvik dan endometriosis.
2 Masalah dengan rahim seperti fibroid atau cyst.

Selainnya umur, stress, pemakanan seharian yang tidak elok, latihan olahraga, terlebih berat badan atau terlalu kurang berat badan, merokok, alkohol, penyakit kelamin dan masalah kesihatan yang disebabkan hormon. Memandu kenderaan terlalu lama mungkin juga ada memainkan peranan.



Buah Dari Vietnam?


Mata tertipu lagi...



WassUp! Sabar dulu...! jangan siapapun memikir hal lucah disini! Kadang-kadang kita ni suka buat keputusan dan menuduh sebelum siasat dulu perkara tajuk... aku cuba teka, 99.9% pasti korang fikir ini adalah buah dada atau payudara wanita dewasa... betul tak?
                                          
Buah dada itu ciptaan Allah, sebenarnya ‘buah’ ini pun ciptaan Allah juga. Cuma mirip seakan buah dada wanita. Nampak serupa tapi tak sama!
                    
Tanaman unik ini tumbuh di Vietnam dan masyarakat setempat menyebutnya sebagai buah loofah. Uniknya buah ini adalah bentuknya sangat mirip dengan buah dada, berwarna "blue", paling unik lagi pada bahagian hujungnya terdapat puting yang sangat mirip dengan puting payudara.

Lihat foto yang lain...


 

Inipun pun kategori buah juga... tapi khas untuk bayi yang memerlukan pelbagai vitamin untuk tumbesaran. Kata Doktor, susu ibu adalah satu-satunya makanan yang ada antibodi. Menghalang jangkitan bakteria dan kuman yang bakal menyerang bayi . Antibodi-antibodi ini terhasil dengan sangat banyak dalam susu ibu teruatama antara hari awal kelahiran . Manfaat yang diterima bayi akan terserlah dari hari ke hari .

Kisah Pelik Tapi Benar: Lelaki Kahwin Dengan Patung Untuk Seks !!



'wanita' seksi

Macam-macam ragam perangai manusia yang semakin pelik. Lelaki, wanita dan seks tidak dapat dipisahkan, tarikannya bagaikan magnet. Itu normal. Yang tidak normalnya apabila lelaki menggunakan patung sebagai objek pelepas nafsu serakah.

Biasanya patung seks atau doll sering dikaitkan dengan kelasi kapal yang berbulan ditengah samudera. Tapi awas, selepas melepas hajat perlulah dibersihkan dengan sebaiknya jika tidak semut pula akan berkongsi sama. 
Aku ada dua 'isteri' tau... Ko jeles?
Bagi lelaki yang dah muak dan tidak bercaya dengan tipu daya wanita lagi dan hanya pandai menuntut bermacam-macam dan hanya memeningkankan kepala dan menyakitkan hati saja. Walaupun dikatakan gila, tapi gila yang tidak menggangu orang lain. Lebih baik dikerjakan doll itu dari merogol pula....


Kahwin Dengan Patung

Michigan: Seorang lelaki di Amerika Syarikat berkahwin dengan patung yang benar-benar menyerupai seorang wanita selama 13 tahun.   Menurutnya, dia perlu menyimpan wang selama setahun setengah untuk membeli patung wanita dari kilang pengeluar patung, RealDoll dengan harga AS$6,000 (RM19,566).

Patung yang dibelinya pada 2000 itu diberi nama Sidore Kuroneko. Davecat kemudian membentuk wajah, warna mata, warna kulit, susuk tubuh dan payu dara patung itu. “Hasilnya benar-benar mengagumkan bagai jatuh cinta pandang pertama,” katanya.

RealDoll ialah kilang pengeluar patung seks. Secara anatomi. Sidore memang menyerupai manusia. Kulitnya amat halus walaupun diperbuat daripada silikon. Walaupun Sidore ialah patung seks, tetapi Davecat menganggapnya sebagai pasangan hidupnya. Menurut Davecat, hubungannya dengan Sidore dapat dibahagikan kepada 70 peratus hubungan seksual dan 30 peratus hubungan semula jadi. Dia juga mengakui dirinya sering tertarik dengan robot wanita atau Gynoids.

Davecat berkata, keputusannya untuk menjalin hubungan dengan patung dibuat selepas hubungannya dengan manusia sering menemui kegagalan. Menurut Davecat, hubungannya dengan patung yang disebut sebagai ‘Sintetik’ lebih bermakna.

“Pengalaman saya dengan ‘Organik’ (manusia) tidak pernah bertahan lama atau selalu berakhir dengan kekecewaan. “Sintetik tidak akan curang, berbohong atau mengadili diri anda,” katanya. Selain Sidore, dia juga memiliki sebuah patung yang dibelinya dari Russia dan dinamakan sebagai Elena. Menurutnya, Elena ialah patung simpanan dan juga teman kepada Sidore. - Agensi


Lihat apa manusia pelik ni buat...
Pakai baju dulu...
Nak tambah kopi...sayang..?
I buatkan special untuk you..
I Love You...
I miss you to..
 http://www.coloradonewsday.com

@Jika doll ini boleh berkata-kata, nescaya akan berlambaklah anak dara yang tak pernah berlaki..huhu