Thursday, January 31, 2013

Jantina Bayi Boleh Ditentukan Sebelum Hamil?



Kehamilan adalah satu kejadian di mana sperma bergabung dengan ovum dan zigot. kemudiannya melekat kepada dinding rahim, untuk perkembangan seterusnya..

Pada sesetengah pasangan, kehamilan agak sukar walaupun telah beberapa tahun berlalu. Bagaimanapun hal ini perkara biasa bagi sesuatu pasangan tidak hamil sehingga 2 atau 3 tahun. Bagaimanapun jika masih tidak nampak tanda2 kehamilan selepas 5 tahun, adalah lebih baik berjumpa doktor bagi memastikan kedua pasangan tidak menghadapi masaalah.

Bagaimanapun bagi pasangan yang tidak mengalami masaalah perubatan bagi hamil, terdapat beberapa usaha yang boleh dilakukan bagi meningkatkan peluang untuk hamil. Bagaimanapun, ini hanyalah bagi pasangan yang tiada masalah klinikal seperti PCOS, uterus tersumbat, mati pucuk dan sebagainya.

Usaha Kehamilan Semulajadi
Bagi memastikan sesuatu pasangan mempunyai peluang yang cerah untuk hamil, mereka mestilah faham bagaimana proses kehamilan berlaku dan kemudiannya membantu bagi memastikan proses itu berlaku lebih baik.

Kehamilan berlaku apabila sperma bergabung dengan telor, dengan itu kedua2nya mesti hadir serentak. Oleh itu pasangan harus tahu semasa melakukan jimak ketika bilakah kemungkinan ini  berlaku paling tinggi.

Usaha bagi pihak lelaki.
Sperma dihasilkan secara berterusan dalam sistem pembiakan jantan. Bagaimanapun, sperma dan air mani bukanlah benda yang sama, contoh sekiranya anda melakukan hubungan intim setiap hari, bilangan sperma dalam air mani mungkin berkurangan.

Dengan itu anda mungkin ingin mengelak hubungan intim 2-3 hari sebelum mencuba. Elakkan juga dari menggunakan tangan (melancap).

Penyakit boleh menyebabkan kualiti dan kuantiti sperma terjejas dan mungkin berlakunya pengurangan bilangan sperma untuk sementara. Oleh itu sekiranya pihak lelaki sakit, anda mungkin ingin melewatkan usaha sehingga kitaran berikutnya.

Awas!, Merokok, dadah, minum alkohol, dan terdedah kepada kimia toksid (contoh racun serangga) kesemuanya boleh mengurangkan bilangan sperma.

Elakkan stress, cool bro!. Haba juga memberi kesan kepada penghasilan sperma dan mengurangkan bilangan sperma. Tekanan perasaan turut dikaitkan dengan bilangan sperma yang rendah. Anda mungkin ingin mencuba teknik menenangkan diri bagi mengurangkan stress!

Senaman dan mengekalkan berat badan yang sihat juga membantu meningkatkan bilangan sperma. Jika anda risau memiliki jumlah sperma yang rendah, mintalah nasihat doktor.

Usaha bagi pihak wanita
Anda perlu menjalani hubungan intim 1–2 hari sebelum tempoh ovulasi. Pada kebanyakan masa dalam sebulan, sperma terbunuh dengan cepat. Ia mendapat sedikit perlindungan dari cecair seminal yang menyelitupinya, tetapi ia terlalu lemah untuk berenang melepasi lendir faraj yang pekat dan berasid.

Hanya sekali dalam sebulan tubuh wanita membantu sperma melepasi masuk dengan menghasilkan lendir yang jernih. Ini berlaku semasa ovulasi.

Stress juga menyumbang kpd gangguan haid dan ovulasi. Anda mungkin ingin mencuba teknik menenangkan diri bagi mengurangkan tekanan bagi memastikan ovulasi anda berada dalam keadaan biasa.

Wanita perlu memastikan bahawa mereka dalam keadaan fasa ovulasi. Ovulasi berlaku apabila telor matang dibebaskan dari ovari, memasuki tiub fallopian, dan sedia untuk persenyawaan. Telor mampu hidup selama 12-24 jam selepas meninggalkan ovari. Biasanya hanya satu telor dibebaskan setiap kali berlakunya ovulasi. Ovulasi boleh terjejas akibat tekanan, penyakit, atau gangguan kepada rutin harian.

Sperma mampu hidup antara 5-7 hari atau 48 hingga 72 jam selepas hubungan intim dalam tubuh wanita dan ia mungkin bagi melakukan hubungan intim sebelum ovulasi dan bukannya semasa ovulasi dan masih mengandung.

Merokok, dadah, minum alkohol, dan pendedahan kepada kimia toksid, kesemuanya boleh mengurangkan peluang kehamilan. Cuba elakkan mengambil minuman berkafin semasa tempoh cuba dan sedang mengandung.

Menentukan jantina bayi
 
Ramai orang yang ingin memilih jantina anak mereka di atas sebab-sebab tertentu. Tetapi menentukan jantina bayi sukar dilakukan dengan tepat meskipun terdapat banyak petua tentang cara mendapatkan anak lelaki atau perempuan.

Bagaimanapun dengan mengetahui beberapa ciri sperma, sesuatu pasangan boleh membantu meningkatkan peluang bagi memiliki jantina yang diingini.

Penyelidikan menunjukkan bahawa sperma bagi jantina lelaki lebih mudah mati, berbanding sperma bagi jantina perempuan. Usaha secara tradisional termasuk memberi tekanan kepada sperma bagi memastikan jantina bayi, contohnya membasuh faraj dengan larutan berasid (contohnya. cuka, lemon) bagi meningkatkan peluang bagi bayi perempuan.

Ini berasaskan teori bahawa peningkatan keasidan membunuh atau melemahkan sperma lelaki yang lebih lemah - begitulah menurut teorinya (tidak terlalu pekat atau anda membunuh kesemua sperma).

Mencuci dengan larutan alkali yang dirumus khas atau dengan baking soda pula akan mengimbangi keasidan lendir faraj dan memberikan lebih peluang bagi sperma jantan untuk berenang lebih pantas bagi meningkat peluang bayi lelaki.

Apabila cuba mendapatkan bayi lelaki, ia dicadangkan bahawa wanita mencapai puncak kenikmatan adalah perkara yang baik kerana tubuh menghasilkan cecair selepas nikmat yang menjadikan persekitaran faraj lebih berakali, yang membantu sperma "jantan".

Kemutan yang berlaku semasa puncak kenikmatan membantu sperma memasukinya ke pangkal rahim. Ini membantu sperma "jantan" lebih peluang berada bersama telor bagi proses persenyawaan.

Adalah juga dicadangkan bahawa sekiranya anda inginkan bayi lelaki, sperma perlu dimasukkan sedalam mungkin (dan biarkan 2 biji telur yang bodoh itu diluar saja sebagai saksi.. hehe just joke!) mungkin dengan kedudukan (posisi) dari belakang, bagi memberi kelebihan kepada sperma jantan yang lebih aggresif dan pantas bergerak bagi mensenyawakan telor.

Petua tradisional, jika dikedudukan biasa (lelaki kedudukan di atas) selepas sperma dilepaskan, segera angkat kedua2 kaki pasangan tinggi sedikit dari kepala. Paling mudah melapikkan punggung dengan bantal.

Sperma yang tersimpan dalam kerandut zakar juga terjejas dengan haba. Oleh itu lelaki yang memakai seluar yang ketat, mandi spa (panas) meningkatkan kemungkinan mendapatkan bayi perempuan.

Menggunakan kaedah Dr. Shettle, melakukan hubungan kelamin hampir atau ketika subur memberi lebih peluang pada benih lelaki yang lebih bertenaga, tetapi pendek usia.    (Sumber)

No comments:

Post a Comment