Syeikh Hassan menceritakan tentang keadaan sebenarnya apa
yang berlaku di Syria ketika ini.
Pejuang Pembebasan |
Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie,
10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni.
Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri,
begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.
BERMULA ZAMAN AYAHNYA - Hafez Al-Assad- konflik berdarah
di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000
ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari
politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang
berlaku semenjak 8 bulan yang lalu. Permulaan revolusi berlaku di Hama,
kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan
sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.
PUNCA KEBANGKITAN ADALAH: Ada sekumpulan kanak-kanak
seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding
sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU
JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku
kebangkitan rakyat.
Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak
ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan
mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta
mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat
dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan
mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini (satu bentuk penghinaan),
maka berlakulah kebangkitan di Syria.
Hanya Mampu Berdoa |
Kanak2 Menjadi Mangsa |
BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000
orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan
dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di
hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di
wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak
diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli
keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di
Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh
tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan
telah dipotong 4 KERAT. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam
plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak
disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang
terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni .84%
daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga
mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula
daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar. Tiada posisi bagi
Ahlus Sunnah wal Jamaah. Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu
dahsyat melebihi Israel. Rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang
Israel pun tidak ditumpahkan darah.
RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN
BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN
KEMBALI LAGI...
FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni
dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar
mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan
menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka
dia syahid; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia
syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini
dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan
disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin
Zaid dan sanadnya Shahih.
PERKARA TERBARU
1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan
dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama
rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak
tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh
rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian
tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak
membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang
tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian
sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu
meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa
bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang
SYAHID....
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat
ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik
dan ekonomi ke atas Syria.
KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila
dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan
apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu
akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan
fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di
Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di
akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga
menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar
Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan
pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia
bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar
dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang
Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak
satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang
terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini
sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media
lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan
video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para
pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan
kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah
dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid
Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia
Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.
PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG
MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di
SYRIA.
Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang
Islam yang lain,
maka bukan dari
kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang
zalim:
Kalam Saidina Ali KWJ;
"Sesungguhnya negeri yang batil itu sekejap sahaja
sedangkan
negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".
Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam), dan
hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah
itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".
Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17; adapun buih itu
maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang
berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah
menerangkan misal-misal perbandingan.
(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia,
disusun oleh Abu Abdullah )