Sunday, June 23, 2013

Bila Non Muslim Jadi Peguam Syarie




Mana-mana Mahkamah berfungsi untuk mencari dan menegakkan keadilan. Malah adakalanya,  yang benar-benar bersalah terlepas dari hukuman kerana kesilapan teknikal. 

Bilamana ketika non Muslim boleh menentukan Perundangan Islam, akan punahlah roh Islam itu sendiri. Malah lebih memilukan, Hujah Hakim mengatakan MAIWP bertindak melampaui undang-undang. 

Malah ketiga-tiga Panel hakim yang memutuskan itu, berbunyi dan nahunya mirip kepada nama Melayu barangkali juga beragama Islam.

Mengenai hakim yang dimaksudkan dalam hadis sahih ialah hakim yang melaksanakan undang-undang syariah yang adil. At-Tirmidzi meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

“Hakim itu ada tiga kategori. Satu kategori hakim masuk syurga, manakala dua kategori hakim lagi masuk neraka. Hakim yang berilmu pengetahuan dan kemudian mengadili (kes) dengan keilmuannya maka dia masuk syurga. Manakala hakim yang mengadili tanpa ilmu (tentang kes yang diadilinya) maka dia masuk neraka. Begitu juga hakim jahil yang mengadili kes berteraskan kejahilannya maka dia juga masuk neraka.” At-Tirmidzi: 1244

  
semak sini
Peguam syarie mesti beragama Islam

KUALA LUMPUR 22 Jun - Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menggesa kaedah dan peraturan berkaitan pengamal guaman syarie di Perlis, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak dipinda segera bagi memastikan hanya orang Islam dibenarkan menjadi peguam syarie.

Presidennya, Musa Awang berkata, ketika ini empat negeri terbabit masih belum meletakkan syarat berkenaan.

Menurut beliau, keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang membenarkan rayuan peguam bukan Islam, Victoria Jayaseele Martin mengemukakan permohonan beramal sebagai peguam syarie seharusnya dijadikan iktibar.

"PGSM merafak sembah kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam bagi Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak menitahkan tindakan segera diambil berhubung perkara tersebut.

"Tindakan ini bagi menyekat kehadiran bukan Islam di mahkamah syariah atas kepentingan umat Islam serta mengelak mudarat tertentu atau yang bersifat mendatang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Musa mengulas keputusan Mahkamah Rayuan yang menyifatkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bertindak di luar batas undang-undang ketika enggan memproses permohonan Victoria untuk beramal sebagai peguam syarie.

Keputusan itu dibuat secara sebulat suara panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dan Datuk Aziah Ali.

Tambah Musa, keputusan berkenaan dianggap bukan muktamad kerana prosiding rayuan masih boleh diteruskan di Mahkamah Persekutuan.

Menurut beliau, Kaedah 10, Kaedah-kaedah Peguam Syarie Wilayah Persekutuan 1993 masih terpakai dan salah satu syarat kelayakan untuk seseorang diterima menjadi peguam syarie mestilah beragama Islam.

"Sehubungan itu, bukan Islam tidak layak memohon sebagai peguam syarie di Wilayah Persekutuan," katanya.

Musa memberitahu, peraturan tersebut dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang mengikut Seksyen 59(2), Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 yang mana MAIWP dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong berkuasa membuat kaedah atau peraturan bagi prosedur, kelayakan, fi dan sebagainya berkenaan peguam syarie.

sourch:utusan.com.my

@bagaimana untuk membela Islam apabila lidah tidak mentauhidkan Allah?. 
Jalan penyelesaian.. sarankan peguam itu mengambil langkah seperti The Rock Star Cat Steven! 


No comments:

Post a Comment