Wednesday, June 19, 2013

Pelakon Baru Dakwa Dicabul Pengarah Tua





Kuala Lumpur: Seorang pelakon baru Ffarrah Ismail, 22, membuat laporan polis selepas mendakwa dicabul seorang pengarah drama yang berusia 60-an dalam kejadian di Gombak.
  
Kejadian cabul itu berlaku di dalam kereta kira-kira jam 11 malam Januari lalu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari Gombak ke Pelangi Damansara.



Mangsa membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara, pada jam 8.30 malam kelmarin selepas mendapat nasihat rakan-rakan bagi melindungi diri daripada diganggu dan tidak mahu peristiwa sama berulang.

Ffarrah yang sudah membintangi lapan drama termasuk Siti Kelembai, Barakah dan Cinta Puteri Salju berkata, dia serik dengan kejadian itu kerana boleh merosakkan karier sebagai pelakon.

Katanya, dia turut diugut lelaki itu supaya tidak membongkarkan kejadian kepada orang lain sekiranya tidak mahu kerjaya musnah.

“Sebelum kejadian, saya menghadiri kenduri doa selamat sempena kejayaan penggambaran drama 13 episod yang diarahkan lelaki itu sebelum didesak mengikutnya naik kereta untuk dihantar pulang ke rumah di Damansara.

“Pada mulanya saya menolak pelawaan itu, namun didesak berkali-kali hingga memaksa saya mengikutnya,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan dia cuba diraba di bahagian dada, paha dan tangan oleh lelaki itu.

sourch:hmetro



@Jika ikut dari akaun fb nya, tak sangka juga bekas pelajar Sekolah Menegah Agama (Arab) Kota Tinggi pon nak jadi pelakon.


No comments:

Post a Comment