Carmen Chew Richy |
Sebelum cerita ni didedah..
Dah berapa ramai jadi mangsanya??
Pengarah ajak ke ranjang -
Palakon baru
“Saya sudah tidak tahan. Baru setahun mengenali pengarah itu, dia sudah
menunjukkan belangnya kerana lebih 50 kali mengajak saya melakukan hubungan
seks.
“Kerana menolaknya, saya bukan saja dipukul dan ditampar malah diugut
disebarkan fitnah kononnya menjalin hubungan dengan ramai artis lain,” kata
pelakon baru, Carmen Chew Richy, 22.
Itu nasib menimpa seorang pelakon Cina yang baru setahun berjinak di dalam
dunia lakonan, tetapi terjerat ‘permainan’ seorang pengarah lelaki berusia 38
tahun yang menjadikannya mangsa ugutan serta gangguan seksual.
Mendedahkan perkara itu, Carmen yang juga pelakon utama drama Kampung
Simpang Burung berkata, dia mengenali pengarah itu pada April tahun lalu
selepas diperkenalkan rakan.
“Pada awal perkenalan, lelaki itu menunjukkan sikap baik sebelum menawarkan
beberapa lakonan. Sehinggalah pada Jun, saya dilantik sebagai pembantu peribadi
kepada produksi miliknya,” katanya.
Saman jer 10juta tak payah belakon dah.. |
Kata Carmen, selepas hubungan mereka bertambah erat terutama hal kerja,
pengarah itu beranggapan dia teman wanitanya dan melakukan gangguan seksual
apabila meraba anggota badannya.
“Kerana menolaknya, saya ditampar dan dipukul Julai tahun lalu. Saya
berbuat demikian kerana saya tahu dia sudah beristeri,” katanya.
Oleh kerana tidak tahan sikap miang pengarah terbabit, Carmen beberapa kali
menyatakan hasrat berhenti kerja namun dihalang lelaki itu sejurus diminta
melakonkan sebuah video korporat dan dibayar RM1,000.
“Saya sedih menjadi mangsa keadaan. Bukan saja diajak lakukan seks, diraba
dan dipukul, malah sepanjang setahun bekerja, saya dibayar hanya RM2,000,”
katanya.
No comments:
Post a Comment