Sunday, March 24, 2013

Trend Ibu Hamil Ambil Gambar Bogel




Macam-macam kelaku manusia sekarang ni, di negara Jepun ketika ini sedang hangat dengan trend  ibu hamil yang mengunjungi studio foto untuk bergambar dalam keadaan bogel.

Sebenarnya mereka bukan bertujuan untuk untuk mengambil gambar-gambar porno. Tetapi untuk mengabadikan momentum saat-saat mereka hamil sebelum melahirkan. Trend ini sangat menjadi kegilaan di Jepun, para ibu muda khususnya wanita yang pertama kali mengandung ingin mengabadikan bagaimana bentuk tubuhnya ketika masa kehamilan.

Trend ini dipelopori oleh penyanyi pop terkenal Jepun “Hitomi” yang melancarkan album terbarunya dengan sampul dirinya hamil tanpa mengenakan pakaian. Gambar sampul album tersebut dipasang pada papan billboard yang terletak di lokasi ramai dengan pejalan kaki. Gambar album tersebut mampu menarik perhatian dan dalam hanya seminggu sahaja laris sebanyak 10,000 keping.


Kumiko Yoda, seorang ibu yang baru melahirkan anak pertamanya, mengakui bahawa dirinya juga melakukan pengambilan gambar telanjang. Ini semua ajakan kawannya yang juga pernah ibuat ganbar telanjang ini.

Dia pada mulanya ragu-ragu akan hal tersebut, tapi kerana dalam hatinya ingin mengabadikan sosok tubuhnya ketika hamil, Pada mulanya beliau hanya ingin merakamkan foto di bahagian perutnya saja, tapi beliau diyakinkan oleh jurufoto studio “Ixchel”, dan akhirnya beliau bersetuju untuk bergambar tanpa pakaian.

Ixchel adalah tempat studio photo terkenal di Tokyo yang melayani fotografi ibu hamil. Natsuko Takada, pemilik Ixchel mengatakan bahawa dalam satu bulan dia menerima 10 ibu hamil yang ingin di foto tanpa pakaian bahkan pernah sampai 70 ibu hamil. Bagi para ibu hamil yang ingin diabadikan fotonya, mereka harus mengeluarkan kos sebanyak 35,000 yen atau rm1,150 untuk kerja2 yang dilakukan kurang daripada 2 jam.

No comments:

Post a Comment