Projek IC: Dr M pembohong besar! – Bekas Ketua Daerah Sandakan
KUALA LUMPUR 19 MAC: Bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim menyelar
kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh pegawai
kerajaan menjual kad pengenalan (IC) untuk kepentingan diri.
“Dr Mahathir pembohong besar,” kata Hassnar membidas kenyataan Mahathir
seperti dilapor Bernama dalam program ‘Bicara Minda di Papar, Sabah 17 Mac
lalu.
IC PROJEK copyMahathir dilaporkan berkata, rakyat Sabah tidak boleh
mempersalahkan kerajaan semasa pentadbirannya kerana penyelewengan dilakukan
pegawai kerajaan atas kepentingan individu.
Tegas Hassnar, projek IC adalah dalam pengetahuan Mahathir yang tidak
selesa dengan pentadbiran Parti Bersatu Sabah (PBS) antara tahun 1990 dengan
1994.
Malah kata Hassnar, dirinya menjadi ‘bahan tawaran’ antara Presiden PBS,
Joseph Pairin Kitingan dengan pentadbiran di Kuala Lumpur yang ketika itu
berniat untuk menyertai semula Barisan Nasional.
“Salah satu syarat (rundingan), Joseph minta saya dimasukkan ke dalam
penjara,” kata Hassnar.
Tegasnya, sekiranya Dr Mahathir memikirkan bahawa projek tersebut sebagai
satu kesalahan, dokumen IC tersebut perlu ditarik balik.
“Tapi ada kita pernah dengar IC yang dikatakan dijual yang kononnya tidak
sepatutnya dikeluarkan kepada individu yang diimport dari luar ditarik? Tidak
ada!” tegas Hassnar.
Beliau berkata demikian pada Forum ‘Mahkamah Rakyat: Kisah dari Lahad Datu,
Siapa Pengkhianat Sebenar?’ di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor
(KLSCAH) malam tadi. – keadilandaily
No comments:
Post a Comment