Friday, March 29, 2013

PRU-13: Mengapa pembangkang perlu ditolak, apa kata bekas orang kuat





Parah apabila dah dihinggapi penyakit meroyan ni..
Bercakap pun dan mula meracau-racau
Sebijik macam si burung nuri,
Kadang-kadang tak tahupun apa dia cakap..

Apa itu APCO?
Siapa itu APCO?
Apa kejadahnya APCO buat kat Malaysia ni?
Siapa pula majikan APCO???



KUALA LUMPUR - Pakatan pembangkang perlu ditolak, ia tidak boleh disokong sama sekali.

Itulah peringatan tegas bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kassim kepada rakyat khususnya para pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Penolakan terhadap pakatan pembangkang itu, kata Ruslan, sangat penting memandangkan pakatan itu, dakwa beliau, hanya menjadi alat kepada bangsa Yahudi.

Beliau mendakwa, secara lebih tepat, pakatan pembangkang mendapat bantuan dan tajaan kuasa asing itu untuk memporak-perandakan Malaysia.

Menurut beliau, pakatan pembangkang menjadi alat-alat Yahudi di negara ini bersama-sama beberapa portal berita propembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mana fungsi mereka hanya menyokong pakatan pembangkang semata-mata.

"Yahudi ini seperti Ah Long antarabangsa yang menaja pakatan pembangkang untuk menjajah kembali negara kita.

"Pakatan pembangkang pula akan menggunakan si kitul (orang suruhan) mereka untuk memusnahkan negara," katanya kepada Utusan Online ketika dihubungi di sini hari ini.
-utusan.com