Wednesday, March 27, 2013

Kembar seiras yang sukar dibezakan

  
Seorang ibu di Wilayah Guangdong China Nadya Suleman, tiada masalah untuk mengenali keempat-empat anaknya Jiang Yun Long, Xiao Yun, Yun Han, Lin Yun yang kembar seiras, walaupun wajah mereka sama. Bagaimana pula pada orang lain?. Mesti pening dibuatnya... Masalah sama juga berlaku di sekolah hingga guru mereka pun sukar untuk membezakan diantara mereka.

Pada mulanya Ibunya juga menghadapi masalah sama semasa mereka masih bayi, sehinggakan terpaksa memakaikan mereka tag nama sehingga anak2nya berumur setahun lebih. "Jika diperhatikan dengan teliti, terdapat perbezaan pada kelopak mata mereka" kata ibunya. Kerana sukar  membezakan mereka, kadangkala bapanya juga tersalah memarahi anak2 nya. Lain yang nakal, lain pula yang dimarahinya...

Untuk penyelesaian masalah, Ibunya ada cara tersendiri untuk membezakan diantara mereka dengan kos yang murah. Ia itu dengan memberikan nombor. Setelah 40 minit digunting, mereka ada identiti dan gaya yang baru pada rambut mereka. Nombor ‘1,2,3,4’ diukirkan di rambut mereka.... comel kan? He3...

 



No comments:

Post a Comment