Dunia maya macam-macam ada..
Cari benda yang baik - dapat baik..
Cari benda tak baik - jawab sendiri..
********************************
London- Di sebalik perwatakannya yang disegani, seorang
wanita secara rahsia menjual dirinya melalui sebuah agensi pelacuran ekslusif
dengan bayaran £100 (RM500) sejam.
Menduduki jawatan pengerusi di satu daripada pusat
akademi terbaik di Britain, Marie-Louise Couzens-Abbott juga sering mendengar
pelbagai isu disiplin membabitkan pelajar dan kakitangan institusi berkenaan.
Pada masa sama, ibu kepada seorang anak itu juga
menjalani hidup yang berbeza di luar pengetahuan ramai.
Untuk mencari pelanggan, Marie mengiklankan dirinya di
banyak laman sesawang lucah dan memuat naik gambar bogel dengan mengaburkan
wajahnya bagi mengelak dikenali. Wanita berusia 48 tahun itu berkunjung ke
seluruh Britain untuk memenuhi tempahan di kalangan pelanggan lelaki atau
wanita.
Menurut sumber, Marie memberikan khidmatnya melalui
kamera komputer. Dalam satu daripada iklan mengenai dirinya, Marie menyatakan,
dia suka menemani lelaki, wanita atau mana-mana pasangan yang berminat.
“Saya ada ramai kawan yang mahu menyertai kita semua,”
katanya. Marie juga menganggap dirinya sebagai “ghairah, intim, seksi dan
erotik.” Sumber berkata, Marie membahagikan masanya untuk memenuhi keperluan
dua dunia yang berbeza itu.
“Marie menyewa sebuah rumah pangsa di Leeds bersama dua
wanita lain untuk menawarkan khidmat seks, selain menetap di rumahnya di
Huddersfield dan dikenali sebagai pegawai kanan Akademi Moor End.
Kegiatan Marie itu dibongkar selepas seorang wartawan
menyamar untuk mendapatkan khidmatnya.
Ekoran pendedahan itu, Marie dipercayai menyerahkan surat
peletakan jawatan di sekolah berkenaan. Apabila dihubungi wartawan, Marie
menafikan dia pernah menjadi pelacur. - The Sun
No comments:
Post a Comment