Friday, March 15, 2013

Lelaki Kacak Peneman si Mati. Siapakah dia?




Salam,
Aku sesungguhnya berpesan kepada diriku sendiri dan berpesan jua kepada pembaca budiman untuk sama-sama kita dapat menuju ke satu arah yang lebih baik. Dalam mengharungi kehidupan ini, masa bagaikan mencemburui kita. 24 jam yang diharungi bagaikan tidak cukup dek kesibukan di dunia ini.


Dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Dunia penjara bagi orang Mukmin dan Syurga bagi orang kafir.”
(Hadis Riwayat Muslim)





Kadang2 kita sering terleka tentang menghadapi hari2 yang akan mendatang. Hakikatnya kita sekarang sedang berada di alam yang ke-3 diantara 5 alam. [1) Roh, 2)Rahim, 3)Dunia, 4)Barzakh dan 5)Akhirat].

Perjalanan masih panjang dan selepas ini kita pasti akan menempuh pula ke alam yang ke-4. Tidak dapat lari, malah menyorok ke dalam kubu yang paling dalampun pastinya Malaikat maut akan menemuinya jua tepat pada masanya. Tidak lewat sesaat-tidak cepat sesaat.

Maka tinggallah isteri yang cantik, rumah agam yang besar, harta yang bertimbun. Saat itu semuanya tidak dapat membantu kecuali satu. Iaitu Amal.

MENGHADAPI rasa sakitnya sakratulmaut:

Terdapat kisah mengenai pengalaman mereka yang sudah mati. Kisah mereka disebut dalam banyak kitab yang diceritakan Rasaulullah s.a.w dalam beberapa hadis termasuk:

* Pengalaman Nabi Ibrahim a.s apabila wafat. Allah bertanya kepadanya ;(walhal Allah lebih mengetahui), "Bagaimana kamu merasai mati?"

Jawab Nabi Ibrahim a.s; "Nyawaku ibarat benang di dalam tepung yang basah, sudah diuli dan dipanggang ke dalam api kemudian benang tadi ditarik keluar. Maka sudah tentu benang yang keluar itu terlekat pada tepung itu. Demikianlah pedihnya nyawa keluar."

* Apabila mati, Nabi Musa a.s ditanya Allah; "Bagaimana kamu merasai mati?"
Nabi Musa Menjawab; "Aku merasa diri ku ketika itu seperti seekor burung pipit yang sedang hidup lalu dilempar ke dalam kuali yang berisi minyak yang sedang menggelegak panas. Ia tidak pula segera mati dan tidak boleh terbang untuk melepaskan diri."

Begitulah gambaran sakitnya mati yang digambarkan Nabi Musa a.s.
* Diriwayatkan Abu Na'im, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; "Demi Tuhan yang jiwa ku di tanganNYA, sesungguhnya menyaksikan Malaikat Maut saja lebih pedih daripada 1,000 hayunan pedang." (Abu Na'im dan Al-Khatib-Ehya' Ulumuddin )

Walau sesebok manapun... carilah masa untuk membaca Al-Quran walaupun hanya sehelai...

Lelaki Kacak Peneman si Mati. Siapakah dia?

Rasulullah SAW bersabda: 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah.

Tapi lelaki kacak itu berkata,Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kasturi Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

No comments:

Post a Comment