Polis India
mengiringi pelancong wanita Swiss (menutup kepala)
untuk mendapat rawatan
perubatan di Gwalior, Madhya
Pradesh kelmarin. - Foto AP
|
NEW DELHI: Polis di tengah India semalam berkata mereka
menahan 20 lelaki selepas seorang wanita Switzerland yang melancong dengan
suaminya dirogol beramai-ramai.
Polis menyoal siasat lelaki berkenaan berkaitan kes rogol
wanita itu malam Jumaat lalu di daerah Datia di negeri Madhya Pradesh, menurut
pegawai kanan polis, D K Arya.
Pasangan berkenaan memberitahu polis wanita itu dirogol
tujuh atau lapan lelaki tetapi keadaan gelap dan mereka tidak pasti bilangan
sebenar, kata Arya. Mereka berkata, suami mangsa turut diserang kumpulan lelaki
berkenaan.
Serangan dibuat tiga bulan selepas kes rogol membawa maut
terhadap seorang wanita di dalam bas di New Delhi yang menaikkan kemarahan rakyat
dan mendorong kerajaan meluluskan undang-undang melindungi wanita.
Antara suspek yang ditahan |
Wanita itu, 39, dirawat kelmarin di hospital di bandar
raya Gwalior dan dibenarkan pulang lewat hari itu, kata polis.
Arya berkata, sebagai langkah awal, polis mendaftarkan
kes rogol terhadap tujuh lelaki manakala menjalankan usaha memburu beberapa
suspek lagi di kampung berhampiran.
Serangan dibuat tiga bulan selepas kes rogol membawa maut
terhadap seorang wanita di dalam bas di New Delhi yang menaikkan kemarahan
rakyat dan mendorong kerajaan meluluskan undang-undang melindungi wanita.
Pasangan itu, yang sedang bercuti selama tiga bulan di
India, melawat kuil di Orchha dan bercadang menunggang basikal ke Agra untuk
melawat Taj Mahal, hampir 210 kilometer dari situ.
Mereka bertolak dari Orchha Jumaat lalu dan mendirikan
khemah di hutan berhampiran kampung Jatia apabila diserang sekumpulan lelaki
bersenjatakan kayu, kata polis.
Kumpulan lelaki terbabit memukul suami, mengikatnya pada
pokok dan merogol isterinya, kata polis. - AP
No comments:
Post a Comment