Ada yang dah kecut perut,
Pandai buat, pandailah tanggung
Dicadang buat satu akta seperti kes dadah
Jika didapati salah... alamat semua harta jadi milik kerajaan!
Rakyat juga yang senang kan.. kan..
**************************************
DAP tegas mahu dakwa pemimpin rasuah, salah guna kuasa
SKUDAI, 19 MAC: DAP mengulangi tekad memerangi rasuah dan salah guna kuasa
habis-habisan jika Pakatan Rakyat (PR) diberi mandat mentadbir Putrajaya pada
Pilihyan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh menegaskan bahawa tidak ada siapa
yang boleh terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang jika terbabit
melakukan rasuah dan salah guna kuasa.
“Apa natijah kepada pemimpin BN yang menipu, mencuri wang rakyat. Mana
boleh lari,” katanya berucap sempena sambutan ulangtahun DAP ke-47, di sini,
malam tadi.
Pada masa sama Karpal turut menyindir bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad juga tidak boleh lari jika berlaku peralihan kuasa seolah-olah
mengakui kesalahan yang dilakukan.
“Kawan-kawan kita mahu kalau ada bukti terhadap Dr Mahathir, kita akan
dakwa dia.
“Dalam masa 22 tahun Mahathir memerintah, beliau melakukan menyalahgunaan
kuasa. Kini rasuah, salah guna kuasa berlaku di mana-mana termasuk di jabatan
kerajaan,” kata beliau.
Beliau turut mengimbau kembali bagaimana kuasa disalahguna dalam Operasi
Lalang pada 1987 yang memperlihatkan ramai pimpinan oposisi menjadi mangsa
tahanan ISA.
Justeru itu, Karpal berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan PR
membanteras rasuah dan salah guna kuasa demi mengembalikan maruah rakyat dan
negara.
Untuk menjayakan hasrat itu, Karpal menyeru agar PR bukan saja meletakkan
sasaran menawan 15 kerusi tetapi menawan sebanyak mungkin kerusi Parlimen yang
ada di Johor dan negeri lain.-Roketkini
No comments:
Post a Comment