3 kubur baru ditemui
di Kampung Tanduo
KUALA LUMPUR: Hari ke 11 Ops Daulat menyaksikan penemuan
tiga kubur baru di Kampung Tanduo. Berikut adalah turutan peristiwa pada hari
ini:
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib menjumpai tiga
kubur baru di Kampung Tanduo.
Menurut beliau, kubur-kubur itu mengandungi 15 mayat dan
berada berhampiran dengan sebuah kubur besar yang ditemui di sana 10 hari lalu.
Hamza berkata setakat ini 61 orang Sulu telah ditembak
mati dan 27 mayat telah berjaya dikeluarkan dari tempat pertempuran.
Beliau juga berkata 97 tangkapan telah dibuat dibawah
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dan 233
tangkapan lain-lain telah dibuat.
Sementara itu, Hamza berkata polis percaya ada hanya 10
lagi mayat pengganas yang belum dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu.
Polis juga telah menahan lapan pemuda dari Filipina yang
menaiki bot laju untuk memasuki kawasan operasi di Kampung Sungai Bilis
semalam.
Hamza berkata pemuda-pemuda itu yang berusia dalam
lingkungan 17 ke 18 tahun cuba memasuki Kampung Sungai Bilis kira-kira pukul
12.15 tengahari semalam.
Beliau menambah pemuda-pemuda itu membawa 300 bekas air
kosong dan wang tunai 369,000 pesos (RM28,300).
Orang ramai juga masih belum dibenarkan masuk ke kawasan
operasi di Kampung Tanduo dan Kampung Minyak walaupun kedua-dua kampung itu
telah ‘dibersihkan’ dari pengganas Sulu. - astroawani
No comments:
Post a Comment