Demokrasi ala Rais Yatim
Iklas ke
Rais Yatim ni?, yang mengatakan mana2 parti politik yang bertanding dalam
PRU-13 ditawar membentangkan manifesto masing2 selama 10 minit saja selepas
parlimen dibubarkan. Lebih menarik lagi rancangan kartun popular kanak2, Upin
& Ipin pun mengambil masa 30 minit. Sedangkan manifesto adalah penting sebagai
garis panduan parti politik untuk membuat dasar bagi manfaat rakyat juga.
Rais memberi
justifikasi atas tindakan ini sebagai ‘penghormatan kepada demokrasi’. Bukan saja yang ditawarkan hanya 10 minit,
diletakkan pula syarat-syarat termasuk mesti disediakan dalam bentuk rakaman,
yakni bukan secara langsung.
Apatah
lagi Rais itu Menteri BN. Saban hari ia gunakan RTM untuk puji BN, hetam
Pakatan Rakyat. Selama ini pun para pemimpin PR tak pernah diberi ruang untuk
menjelaskan dasar, apa lagi mempertahankan diri daripada serangan zalim BN.
Malah, tohmahan Rais terhadap PR pun tak diberi peluang menjawab.
Begitu
juga yang berlaku kepada Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi Awang yang memainkan
isu Amanatnya. Setelah dihentam berminggu2 di media perdana, apabila diminta
hanya 1 jam secara ‘live’ untuk menjawab isu itu… sampai ke hari ini senyap dan
sunyi tidak berbunyi langsung… inilah dia ‘Demokrasi ala Rais Yatim’!
No comments:
Post a Comment