Dr Mohd Asri. |
Dr Asri
Jelaskan Kenapa Beliau Ambil Keputusan Tidak Sertai PRU-13
PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr
Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan pendiriannya untuk tidak bertanding dalamPilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti adalah kerana tidak mahu berpihak kepada
mana-mana parti agar beliau dapat memberi sumbangan dari segi pandangan dan
pemikiran yang bebas daripada ikatan kepartian.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat demi keperluan yang
lebih adil terhadap pasca PRU-13 yang dilihat sebagai satu landskap politik
paling penting.
“Ia (pasca PRU-13) bakal dilihat sebagai sesuatu yang
luar biasa, menyaksikan persaingan dalam politik. Saya mahu memberikan sumbangan
yang signifikan dalam hal politik negara.
“Oleh itu, saya perlu berperanan sebagai golongan yang
dapat memberi pandangan kepada kedua-dua belah pihak (kerajaan dan juga
pembangkang),” katanya ketika dihubungi mStar Online, Isnin.
Bekas Mufti Perlis itu pada Isnin dilaporkan mengesahkan
tidak akan bertanding dalam PRU-13, sekali gus mengakhiri spekulasi banyak
pihak sejak tahun 2010 berhubung pendirian politik beliau.
Turut dilaporkan, beliau yang merupakan antara tokoh
agama yang disebut-sebut akan bertanding pada pilihan raya ke-13 nanti mengakui
pernah ditemui oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) dan juga Pakatan Rakyat
(PR).
Sehubungan dengan itu Dr Mohd Asri menegaskan, isu
berhubung fikirannya berubah untuk tidak menyertai PRU-13 tidak timbul kerana
tiada keputusan yang dibuat mengenai penyertaan itu, sebenarnya.
Tegas Dr Mohd Asri, beliau sekadar mempertimbangkan
cadangan berkenaan.
“Ia lebih kepada mengambil pertimbangan. Jadi akhirnya
keputusan saya ialah untuk tidak menyertai PRU-13. Tidak semua orang mampu
menjadi wakil rakyat. Saya mungkin ada pandangan saya sendiri untuk tidak
menjadi wakil rakyat.
“Saya percaya keputusan saya ini akan diterima oleh
banyak pihak terutama mereka yang mengenali saya. Dengan pandangan saya nanti,
ia sedikit-sebanyak dapat menetap-teguhkan aliran politik yang lebih baik
selepas pasca PRU-13 nanti,” katanya lagi.
Beliau menambah, tidak ramai golongan pemikir seperti
beliau bersedia dalam memberikan pandangan berkaitan dengan politik di negara
ini.
“Jika saya terjun ke dalam parti, siapa pula yang akan
bersama-sama dengan yang lain untuk memberikan pandangan? Saya mahu
memperkuatkan golongan (pemikir) ini.
“Dan mungkin juga keputusan saya sekiranya menyertai
PRU-13 itu lebih berpihak (kepada satu-satu parti). Saya mahu bersikap lebih
adil, untuk kedua-dua belah pihak,” katanya. - mStar
No comments:
Post a Comment