Saturday, March 23, 2013

Konflik Syria: Sudah 70,000 Terkorban Sehingga Kini

Keadaan dalam Masjid Iman yang rosak akibat tindakan 
penyerang meletupkan bom di badannya di Damsyik, 
kelmarin.

Bashar al-Assad berperang dengan rakyatnya sendiri. Konflik yang telah berlarutan hampir 2 tahun lalu. Kebangkitan "pemberontak" akibat siri kekejaman yang telah dilakukan oleh rejim Bashar ke atas rakyatnya sendiri. Antara lain menggunakan kereta kebal dan peluru berpandu! 
 
Ikuti Kisah Benar Dari Syria DISINI 
Ikuti Kisah Kekejamam Rejin Bashar DISINI 

************************
 
DAMSYIK: Ulama Sunnah terkenal Syria, Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti terbunuh bersama 48 yang lain dalam serangan bom ketika sedang mengajar agama dalam Masjid Iman, di tengah ibu kota negara itu kelmarin. Beliau diketahui sebagai penyokong kuat pentadbiran Presiden Bashar al-Assad dan sering mengajar agama di negara itu.
 
Penyerang dilaporkan meletupkan bom yang dipasang pada badan, menyebabkan 48 meninggal dunia dan 84 lagi cedera,” lapor televisyen tempatan yang memetik kenyataan jurucakap Kementerian Kesihatan.

“Penyerang dilaporkan meletupkan bom yang dipasang pada badan, menyebabkan 48 meninggal dunia dan 84 lagi cedera,” lapor televisyen tempatan yang memetik kenyataan jurucakap Kementerian Kesihatan.

Laporan terkini menyatakan turut meninggal dunia dalam serangan itu ialah cucu lelakinya.

Televisyen prokerajaan menyiarkan keadaan mengerikan dalam masjid dengan berpuluh-puluh mayat dan cebisan tubuh, termasuk kaki dan tangan di permaidani dengan banyak kesan darah. Pekerja kecemasan juga dilihat mengumpul mayat dan membawanya keluar dalam beg kelabu.

Mohammad Said adalah ulama Sunnah paling kanan yang menyokong kerajaan Syria dan kematiannya dikatakan memberi tamparan hebat kepada Bashar dalam menghalang kebangkitan pemberontakan.

Dilahirkan pada 1929, beliau berasal dari sebuah keluarga Kurdis dan menghabiskan bertahun-tahun mendalami agama Islam termasuk di Universiti Al-Azhar, Kaherah.

Beliau dicerca oleh pembangkang dan kerap menyelar pemberontak sambil menggalakkan rakyat Syria menyertai tentera berjuang menentang mereka.

Syria dikuasai anggota minoriti mazhab Alawiyah dan bergantung kepada ulama seperti Mohammad Said untuk menyokong dasar kerajaan sebagai mewakili semua rakyat termasuk golongan Sunnah yang membentuk kumpulan utama dalam pembangkang.

Serangan itu berlaku ketika pertempuran berterusan di seluruh negara dengan pemberontak dilaporkan menguasai Bukit Golan yang sebahagiannya diduduki Israel.

Hapus semua pengganas

keadaan meja Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti

Bashar berikrar selepas ulama Sunnah antara korban serangan dalam masjid

Damsyik: Presiden Syria, Bashar al-Assad berikrar menghapuskan semua pelampau di negaranya yang dipersalahkannya atas serangan bom di Masjid Iman, tengah ibu negara, kelmarin.

“Darah kamu dan cucu lelaki kamu serta semua lagi yang syahid tidak akan sia-sia kerana kami akan terus ikuti pendekatan kamu membersihkan negara ini daripada golongan seperti mereka,” Bashar al-Assad, Presiden Syria

Ketika memberi amaran kepada pemberontak yang cuba menggulingkannya, Bashar berikrar untuk menghapuskan pelampau hingga negara itu bersih daripadanya.

Pembunuhan al-Buti dianggap antara tragedi besar sejak pemberontakan berlangsung dua tahun lalu.

Konflik itu menyaksikan golongan militan menyertai kempen pemberontak dan ini kali pertama penyerang bunuh diri meletupkan bom dalam sebuah masjid.

70,000 maut

“Darah kamu dan cucu lelaki kamu serta semua lagi yang syahid tidak akan sia-sia kerana kami akan terus ikuti pendekatan kamu membersihkan negara ini daripada golongan seperti mereka,” kata Bashar.

Krisis di Syria meletus pada Mac 2011 apabila bantahan aman berubah kepada pemberontakan.

Lebih 70,000 orang maut sehingga ini, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tidak diketahui bila jenazah al-Buti akan disemadi. Kerajaan mengisytiharkan hari ini sebagai hari berkabung. - AP


No comments:

Post a Comment