Seorang
wanita mengaku, dia memerlukan 36 liter darah babi setiap minggu untuk
memuaskan dirinya yang sentiasa dahagakan darah.
Dikenali
hanya sebagai Michelle, wanita itu berkata, sejak 10 tahun lalu, dia meminum
darah - termasuk darah manusia - setiap minggu dan jumlah itu jika dikumpulkan
boleh memenuhi 23 tab mandi.
“Saya
ketagih darah sama seperti seseorang perokok ketagih rokok.
“Darah itu
diminum ketika saya membaca, berehat atau melukis,” katanya.
Bekerja
sebagai pelukis tatu, Michelle, 29, berkata kadang-kadang darah itu dicampur
dengan sup atau ditumis.
“Jika saya
meminum Bloody Mary (sejenis minuman bercampur darah), hakikatnya saya minum
darah sebenar,” katanya.
Michelle
berkata, dia lebih gemar meminum darah babi berbanding lembu kerana rasanya
yang keras serta lebih masin. Pada masa
sama, kata Michelle, dia mencuba darah manusia - sama ada lelaki atau wanita.
“Darah
lelaki berbeza daripada darah wanita,” katanya. Walaupun ketagih, Michelle
tidak menganggap dirinya sebagai ‘pontianak’ sebaliknya manusia biasa yang
sangat menikmati kesedapan darah.
Katanya,
dia menghisap darah terus dari tangan kawan lelakinya, Johnny, seminggu sekali.
Setiap
hisapan, katanya, boleh berlangsung antara 30 saat hingga lima minit.
Kata
Michelle, dia juga pernah menghisap darah daripada orang lain sebelum ini.
“Ia tidak
membahayakan sesiapa kerana hanya orang yang rapat dengan saya diambil
darahnya.
“Setiap
daripada mereka juga disahkan bebas daripada sebarang penyakit, termasuk HIV,”
katanya. Ketagihan kepada darah itu bermula sejak Michelle di usia remaja lagi.
Katanya,
jika tertekan, dia menoreh tangannya dan tertarik melihat darah itu mengalir. Sejak
itu, kata Michelle, dia sudah meminum kira-kira 4,500 liter darah.
Ibunya
juga diberi tahu mengenai tabiat aneh itu.
“Ibu saya
menangis sebaik saja saya memberitahunya dan menganggap saya pelik,” katanya. -myMetro
Kaum Masai juga suka meminum darah untuk kecergasan |
No comments:
Post a Comment