Itu tanda tanya yang perlu dicari jawapannya!
Jika dibaca secara terbalik... semua tahu akan jawapannya!
**************
MELAKA - Ketua Penerangan Umno,
Datuk Ahmad Maslan menafikan penglibatan Umno dalam video aksi songsang
memaparkan individu yang didakwa mirip seorang tokoh politik dengan pasangan
lelakinya di sebuah hotel.
Beliau berkata pembangkang sememangnya akan menyalahkan Umno berhubung
video itu yang dimuat naik sebuah blog, rajagoyang360.blogspot.com. dan
kemudiannya turut dipaparkan di beberapa blog lain.
"Sebagaimana fikiran pembangkang segalanya kerja Umno termasuk insiden
(pencerobohan pengganas Sulu di) Lahad Datu tetapi Umno tidak sehebat itu untuk
mengatur segalanya.
"Tak kan orang dalam bilik pun kita yang mengatur, kita tak ada masa
nak pasang kamera dalam bilik orang," katanya kepada pemberita selepas
merasmikan Taklimat Penceramah Penerangan Negeri Melaka di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang
Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akhbar The Star hari ini yang menafikan individu
dalam video itu adalah dirinya sambil mendakwa ia perbuatan Umno.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, rakyat
boleh menilai sendiri siapa tokoh politik yang didakwa dalam video itu.
"Tengok sendiri dan buat keputusan, jangan bantai (kutuk) sebelum tengok,
tapi tengok dulu...kita serah kepada mereka untuk menilai sendiri,"
katanya.
Sementara itu, Ahmad menyeru semua anggota Umno dan Barisan Nasional (BN)
agar menanam keyakinan bahawa parti itu mampu mencapai kemenangan serta
memperoleh majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13.
Beliau berkata, keyakinan itu harus disandarkan pada kejayaan program dan
dasar yang dilaksanakan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak pada masa ini.
Kontroversi terbaru |
Malah, katanya, pembangkang tidak mempunyai sebarang kekuatan kerana gagal
melaksanakan janji selain mempunyai pemimpin yang didakwanya terlibat dalam
pelbagai skandal.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Aidid Ghazali
mendakwa penyebaran 'foto' terbaru ini tidak menjadi kesan kepada Anwar
terutama menjelang pilihan raya umum kali ini.
"Pada saya gambar yang didedahkan itu benar atau tidak, tidak memberi
kesan kepadanya terutama dekat dengan PRU13. Ini hanyalah tambahan kepada
karektornya yang telah tercemar," kata beliau kepada Sinar Harian Online
hari ini.
Bagaimanapun katanya, gambar yang telah disebarkan itu akan turut
meninggalkan persepsi di kalangan rakyat.
"Jika gambar itu betul, orang akan kata sudah tahu apa yang dikatakan,
jika tidak betul, orang cakap cukuplah dengan apa yang beliau lakukan,"
katanya lagi.
No comments:
Post a Comment