Haleeda |
Tanya sama pokok.. apa sebab goyang..
Nanti jawab Najib pokok.. angin yang goncang...
Bila dah jadi selebriti neh... yang disorok dalam kain pon orang nak tau...
Oleh itu.. tak payahlah nak cuba2 jadi selebriti..
*****************************
PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon wanita Haleeda enggan
mengulas berhubung kisah peribadi dan rumah tangganya apabila dikatakan
berkahwin di negara jiran, Thailand pada tahun 2011.
Haleeda atau nama sebenar Halida Mazlin, 40, berkata dia
kembali semula ke dunia seni bagi mengubati kerinduan selepas tiga tahun
menyepi dan ingin mengelak kisah peribadi dibangkitkan.
"Maaf, kisah rumah tangga saya tidak menarik untuk
diceritakan kepada umum.
"Saya terima tawaran berlakon semula kerana sudah
beberapa kali dipujuk oleh pihak produksi, lagi pula hati saya tiba-tiba
terbuka untuk terima tawaran berlakon," katanya.
Bekas isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Azman
Adnan ini pernah mencetuskan kontroversi apabila dikatakan sudah bernikah di
negara jiran dengan seorang pelakon yang pernah membintangi beberapa filem
termasuk Sembilu.
Bagaimanapun, sehingga kini Haleeda masih belum
mendedahkan identiti sebenar suaminya.
Jelas Haleeda, selama tiga tahun menyepi, dia memilih
untuk menjadi suri rumah tangga sepenuh masa dan menjaga anak tunggalnya,
Amirah Amini Azman yang kini berusia 18 tahun.
"Saya tidak buat apa-apa hanya sepenuh masa sebagai
suri rumah, lagi pula anak saya bersekolah dan memerlukan tumpuan yang banyak,
sekarang dia sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Ini pun dia yang suruh saya berlakon semula dan
ingin melihat saya di televisyen," katanya.
Bercerita tentang penghijrahan imej terbaharunya iaitu
bertudung, Haleeda mengakui banyak batas yang perlu dijaga.
"Saya mula bertudung sejak tiga tahun lalu, saya
akui tidak banyak watak yang sesuai dengan pelakon bertudung. Saya juga mahu
watak yang sesuai dengan penampilan saya sekarang.
"Kalau boleh biarlah watak yang sopan juga,"
katanya.
Jelas Haleeda kemunculan semula selepas tiga tahun
menyepi sedikit sebanyak mengubat kerinduan dirinya terhadap bidang lakonan.
Bagaimanapun, dia tidak meletakkan bidang seni ini
sebagai punca pendapatan seperti suatu masa dahulu.
Haleeda membintangi drama bersiri berjudul Bangkitnya
Seorang Perempuan pada slot Samarinda yang telah disiarkan bermula pada Rabu
lalu.
No comments:
Post a Comment