Selesa
kunci mulut ketika ditanya mengenai pernikahan mereka
Rahsia
pernikahan yang terus disembunyikan Mulan Jameela dan Ahmad Dhani Prasetyo
semakin terkuak, namun pasangan ini bagaikan tidak pernah peduli pandangan
masyarakat terhadap hubungan mereka.
Kukuh
mempertahankan pendirian untuk tidak berkongsi hal peribadi, namun ketika ibu
Mulan, Titi Aisyah menutup mata buat selama-lamanya di Pondok Indah, Jakarta
Selatan pada 8 Mac lalu, rahsia yang selama ini tersimpan kemas perlahan-lahan
menguak.
Saat
jenazah ibunya dibawa kediamannya, Safeea anak perempuan yang disebut-sebut
sebagai buah cinta antara Dhani dan Mulan yang kini berusia dua tahun kelihatan
begitu mesra dalam pelukan ibu pengasas band Indonesia berpengaruh, Dewa 19
itu.
Memakai
baju putih dan celana merah jambu, Safeea didukung erat oleh ibu Dhani ketika
jasad ibu Mulan dikafankan untuk disemadikan.
Dhani
ketika ditemui media Indonesia di Kebon Jeruk, Jakarta Barat pada 15 Mac lalu,
masih bungkam apabila diminta kepastian mengenai kehadiran Safeea.
Kunci
mulut
Pemilik
Republic Cinta Management itu selesa mengunci mulut dan terus berlalu ketika
ditanya mengenai pernikahannya dengan penyanyi Makhluk Tuhan Paling Seksi itu.
Berita
pernikahan mereka kembali marak diperkatakan apabila Dhani menjayakan satu sesi
fotografi bersama Safeea dan Al, anak pertamanya dengan bekas isterinya, Maia
Estianty sebagai penghias muka depan sebuah tabloid.
Januari
lalu, Dhani pernah mengumpan sensasi media ketika melontarkan kenyataan
mengenai berat badan isterinya.
“Berat badan
kamu 40 kilogram? Berat isteri saya 50. Kalau ditanya sudah kahwin berapa kali,
iya berkali-kali. Kalau ditanya nikah iya sudah berkali-kali, saya sudah nikah
berkali-kali,” katanya meninggalkan tanda tanya kepada umum.
Ketika ibu
Mulan dimasukkan ke Rumah Sakit Pondok Indah kerana jangkitan paru-paru, Dhani
menunjukkan keprihatinannya dengan berziarah.
Malah,
Mulan tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu yang bergegas ke
kediamannya sebaik mendapat tahu ibunya menghembuskan nafas terakhir.
“Sempat
dia menziarahi ibu saya di hospital. Namun saya ingin berterima kasih kepada
Dhani dan juga semua atas perhatian dan kasih sayang yang ditunjukkan,” kata
Mulan.
Tidak sembunyi keintiman
Meskipun
belum pernah mengeluarkan kenyataan rasmi, Dhani dan Mulan tidak menyembunyikan
keintiman mereka di mata umum.
Pasangan
itu tampil berdua dalam satu kereta ketika menghadiri resepsi pernikahan Anang
Hermansyah dan Ashanty pada Mei, tahun lalu.
Berpakaian
serba hitam, Dhani kelihatan santai memegang tangan Mulan meskipun penyanyi
Wonderwoman itu dilihat canggung mempamerkan kemesraan mereka.
Bagaimanapun,
mereka berusaha menghindari wartawan yang sedang menanti di luar dewan dan
Mulan hanya menjawab pertanyaan apabila diminta memberikan ucapan kepada
pasangan mempelai itu.
No comments:
Post a Comment