Perluang hanya datang sekali...
Jika anda menolak peluang.. peluang itu tidak akan datang lagi...
Falsafah orang bisnes!
********************
SAMARRA, Iraq - Seorang
petani berusia 22 tahun, Abdul Rahman Nayef al-Obeidi jatuh cinta dengan dua
wanita. Namun, daripada memilih
salah seorang gadis itu untuk dijadikan isteri, dia melangsungkan perkahwinan
dengan mereka pada hari yang sama di sebuah kampung di tengah Iraq.
Majlis perkahwinan Abdul
Rahman dan dua wanita yang merupakan sepupunya, Intidhar, 17, dan Suad, 22,
berlangsung. Ia diadakan di rumah
keluarga lelaki itu di kampung Al-Laqlaq, utara Tikrit. Majlis itu dihadiri oleh
keluarga kedua-dua pengantin wanita, saudara-mara dan rakan-rakannya yang
terkejut dengan perkahwinan tersebut.
Abdul Rahman yang merupakan
anak bongsu daripada lima beradik berkata, dia memberitahu ibu bapanya tentang
niat untuk berkahwin dengan dua sepupunya dalam satu malam. Ibu bapa lelaki itu
bersetuju walaupun kebanyakan saudara-maranya menentang idea berkenaan.
"Saya mengambil masa
kurang sebulan untuk membuat keputusan muktamad kerana dua keluarga itu ialah
saudara-mara saya dan saya menyintai dua gadis tersebut," katanya.
Langkah paling penting yang
perlu dibuatnya adalah dengan berusaha memujuk dua wanita muda tersebut. Intidhar berkata:
"Abdul Rahman memberitahu, dia akan berkahwin dengan saya dan Suad dalam
satu malam. Apakah yang anda mahu katakan? "Saya memberitahunya,
ia sesuatu yang baik jika anda melayan kami dengan adil."
Agama Islam membenarkan
lelaki berkahwin dengan empat wanita namun mensyaratkan isteri-isteri perlu
dilayan dengan adil. Suad berkata, dia terkejut
apabila Abdul Rahman memberitahunya tentang hasratnya itu. Namun, katanya, Abdul
Rahman memujuknya supaya dia bersetuju.
Abang sulung pengantin
lelaki itu, Salman berperanan sebagai orang tengah dengan berunding dengan dua
keluarga gadis itu. Dia kemudian berjaya
menjadikan impian adiknya itu sebagai satu realiti. Bapa Abdul Rahman, Nayef
Hamid berkata, dia berasa bangga terhadap anaknya itu. Dia merupakan satu-satunya
anak lelaki yang berkahwin dengan dua wanita serentak.
Ibu Abdul Rahman, Rasmiya
Mohammed mempunyai pendapat yang sama seperti suaminya dan dia tidak mahu
anaknya berasa sedih kerana menyintai dua gadis. Idea Abdul Rahman berkahwin
dua itu disokong ramai lelaki yang memberi komen dalam laman Facebook mengenai
gambar mereka manakala kaum wanita menentangnya.
"Lelaki ini seorang hero.
Tiada seorang pun yang pernah melakukannya sebelum ini dan namanya patut
dimasukkan dalam Guinness World Records," komen Ali Bassi Abbar.
Namun, Sara Yasser
memberikan komen dengan sinis. "Kasihan lelaki itu,
dia tidak mahu melukakan hati salah seorang daripada mereka. Dia seorang lelaki
yang baik," katanya.
Seorang lagi wanita, Sara
Saad mengkritik dua pengantin baharu wanita tersebut dengan menyatakan bahawa
setiap wanita yang bersetuju dengan perkahwinan itu adalah seperti tidak
mempunyai perasaan dan maruah.
[sumber]
No comments:
Post a Comment