Monday, March 25, 2013

Che Ta Bagi Amaran Lagi


Che Ta kenalah ingat sama...
Apabila orang tegur tu, bermakna orang masih sayang lagi kat kita..
Mungkin Che Ta terlupa kat sini adat ketimuran masih kuat pegangannya..
Jika kat Eropah lain ceritanya pula.
Apapun Che Ta kena nikah dulu... 
Lepas tu tak keluar bilik... 7hari 7malam pun takpa...
********************************************


Che Ta: 'Apa saya buat, semua salah'

SEJAK mengakui hubungan cintanya bersama aktor kacak, Zain Saidin, aktres jelita ini dihujani pelbagai kontroversi.

Selain dikritik kerana penampilannya yang semakin seksi, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta ini turut 'dihentam' kerana aksi mesra bersama kekasihnya itu.

Menerusi Zass, Che Ta berkata, dia enggan mengambil pusing kritikan itu, bahkan meminta agar masyarakat jangan terlalu menjaga 'tepi kainnya'.

Bagaimanapun, kenyataan ibu kepada dua anak itu, mendapat teguran, Naib Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Dr Harlina Halizah Siraj, atau lebih dikenali sebagai Dr Har.

Beliau tidak setuju dengan cara aktres seksi itu dan menyifatkan masyarakat ada hak untuk mengambil tahu dan memberi teguran sesama insan.

Pun begitu, Che Ta masih berpegang teguh pada pendiriannya dan enggan mengambil pusing mengenai segala cemuhan serta kritikan pihak lain.

"Saya pun tak fahamlah dengan mereka ni. Apa sahaja yang saya buat, serba tak kena. Saya tak tahu langsung mengenai teguran itu dan malas nak ambil tahu.

"Saya sudah malas nak kata apa. Kebebasan berpakaian adalah hak masing-masing. Suka hati lah nak cakap apa pun.

"Suka hatilah nak cakap apa pun, saya tak kisah!," katanya dalam nada yang tegas.

Sementara itu, Zain turut bertindak menutup akaun Instagramnya bagi mengelak kontroversi ini dari terus berlanjutan.

Lali kontroversi

Walaupun berhadapan pelbagai kontroversi, namun akui Che Ta, ia tidak menjejaskan hubungan cintanya bersama Zain.

Malah, Che Ta mengakui dirinya sudah lali dengan gosip seumpama itu dan enggan menjadikannya sebagai isu besar.

"Saya dah letih nak layan semua ni. Sebelum ni pun, ada juga kisah-kisah saya dimanipulasikan pihak-pihak tertentu.

"Pun begitu, ia tidak mengganggu perjalanan hubungan kami. Insya-ALLAH, bila tiba masanya nanti, saya akan umum tarikh itu," katanya ketika ditanya mengenai tarikh perkahwinan bersama Zain.

Itulah Rozita: Zain

Akui terkilan dengan situasi yang menimpa kekasihnya, Zain berkata, niatnya untuk mempamerkan tahap keseriusan hubungan mereka banyak disalah ertikan segelintir pihak.

Malah, kata Zain, dia tidak menyangka gambar seksi Rozita bersamanya yang dimuat naik di laman Instagram mengundang kontroversi serta turut mencalarkan imej kekasih hatinya itu.

"Saya tak kisah apa pandangan orang mengenainya kerana Rozita yang saya kenal memang macam tu. Itulah Rozita.

"Dia memang seksi dari dulu lagi dan saya tak pasti semua orang tahu mengenai perkara itu atau tidak.

"Saya tahu, ada segelintir pihak tidak suka kami bersama. Namun siapa saya untuk menolak ketentuan jika jodoh saya bersama dia?," kata Zain yang turut mengakui bakal membuat persiapan kahwin selepas sambutan Aidilfitri nanti.

No comments:

Post a Comment