BHOPAL 17 Mac - Seorang pelancong wanita warga Switzerland dirogol secara
berkumpulan di tengah India semalam dalam kes terbaharu keganasan seksual
terhadap wanita.
Menurut polis, ketika kejadian mangsa sedang berbasikal bersama suaminya di
negeri Madhya Pradesh, sebelum didatangai tujuh atau lapan lelaki yang
menyerang pasangan itu kelmarin.
Kumpulan penyerang itu dilaporkan merompak pasangan tersebut, sebelum
merogol wanita terbabit di hadapan suaminya.
Kes tersebut berlaku selepas seorang pelajar perubatan mati akibat dirogol
secara berkumpulan di dalam sebuah bas di New Delhi pada Disember lalu. - AFP
No comments:
Post a Comment