Kenapa
lewat sangat? Sepatutnya dah lama dah buat benda neh!
Media
perdana bersiaran satu hala saja. Puas dihentam, tidak berpeluang untuk menjawap
pula…
Pening la
kepala Rais anak Yatim…
Menifesto beratus
muka surat… Cuma boleh ‘on air’ 10 minit jer… itupun macam2 pulak syaratnya!
Katun
Doraemon pun ambik masa kurang2nya pon 30 minit…
Jom dengar
apa bekas banduan nak cakapkan…
*********************************
KUALA
LUMPUR 25 MAC: Setelah 15 tahun dinafikan hak akses media tempatan, Ketua Umum
KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bakal ke udara dalam slot wawancara
bersama stesen Radio Free Malaysia (RFM).
Wawancara
ini disiarkan secara langsung selama dua jam bermula 9 malam melalui frekuensi
AM/MW 1359 dan secara online menerusi laman web www.radiofreemalaysia.org.
Bercakap
dalam kenyataan dari pejabatnya, Anwar menyambut baik penawaran itu.
“Hari ini
rakyat boleh dengar pandangan dan pemikiran pemimpin Pakatan Rakyat, dan
membuat keputusan arah tuju yang terbaik bagi masa depan Malaysia.
“…Demokrasi
adalah tentang pandangan dan ungkapan. Kami gembira untuk mengumumkannya dan
ungkapan itu akan bermula, bagi Malaysia yang lebih demokratik,” kata Anwar.
Siaran ini
khusus untuk kebanyakan rakyat Malaysia yang sudah lama tidak mendengar Anwar
bercakap di radio sejak penyingkiran beliau dari kerajaan pada 1998.
Ia
merupakan wawancara pertama RFM yang beroperasi mengikut konsep radio bebas
yang digunakan di Amerika dan beberapa negara demokrasi lain.
Frekuensi
RFM dipancarkan dari luar Malaysia, maka ia tidak memerlukan lesen dari
Kerajaan Persekutuan. Sistem operasi ini digunakan bagi mengelak campur tangan
politik yang sekian lama mengongkong media tempatan.
Pengasas
program media bebas ini, Clare Rewcastle Brown berkata, RFM bebas dari tapisan
parti pemerintah dan menjadi platform kepada idea dan pandangan alternatif.
“Sepanjang
dua jam siaran, kami akan beri ruang kepada pihak yang sering dinafikan hak
media untuk tampil memberi penjelasan atas fitnah dan pertuduhan yang
dilemparkan media arus perdana.
“Kami
tahu, semua fitnah tidak dapat dibersihkan dalam masa dua jam, tapi
sekurang-kurangnya kami sudah membuka ruang kepada akses media,” kata Clare
dalam kenyataan.
Rakyat
Malaysia juga boleh menggunakan talian bebas tol (1-800-815-309) untuk memberi
komentar dan bercakap sendiri dengan Anwar di konti secara dalam talian. – NS
No comments:
Post a Comment