Tersebar kebelakangan ini di
Laman sosial facebook satu video yang menunjukkan seorang lelaki disembelih
ketika masih bernyawa tiada kaitan dengan pencerobohan di Lahat Datu.
Video yang dimuatnaikkan di
laman YouTube dikenalpasti sebagai rakyat Mexico.
Dalam satu artikel di
Internet, lelaki berkenaan sebenarnya disembelih hidup-hidup oleh ketua
pengedar dadah di Mexico, dan ia dimuat naik ke YouTube pada 22 Februari lalu.
Lihat dulu kronologi Krisis di Lahat Datu:
9 Feb - Kumpulan pencerohoh mula mendarat di Lahat
Datu
1 Mac - Pertempuran tercetus antara pasukan
keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit
cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota
pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera. Dua belas penceroboh
bersenjata terbunuh.
Ia bukanlah anggota pasukan
keselamatan Malaysia yang diseksa seperti digembar-gemburkan. Ia langsung tiada
kena mengena dengan krisis pencerobohan di Lahad Datu. Jadi usahlah percaya
jika tidak pasti kesahihannya. Memanglah rasa tidak senang hati, geram dan marah
memang ada dengan kekejaman yang dilakukan oleh pencerobohan tentera lahanat Syaitan Sulu Jamalul
Kiram itu.
Video tersebut daripada
Website bestgore.com dan kongsion9 tidak sarankan anda layari website itu
kerana ada artikal yang boleh menggangu ketenteraman anda!.
Tapi sekiranya anda memang
poyoo nak bukak jugak untuk kesahihan, itu hak anda.. sebab anda yang control mouse itu..
No comments:
Post a Comment