Dengar apa kata dari orang luar...
Orang ini tak ada kepentingan apa2 pon
Cuma nak tol free jer kalau masuk ke Malaysia...
***************************************************
Bagi Reme, Najib telah menabur lebih banyak 'saguhati' wang tunai untuk
meringankan kos sara hidup yang meningkat.
Demam Pilihan Raya 2013 mendorong ahli politik Malaysia daripada kedua-dua
belah pihak menaburkan gula-gula untuk mencerahkan peluang mereka, lapor akhbar
Singapura sambil mengingatkan bahawa bukan pengundi penentu pilihan raya tetapi
sebaliknya mereka yang akhirnya terpaksa bayar untuk gula-gula kerajaan.
“Pertarungan sengit untuk meraih undi mendorong pentadbiran Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak dan pembangkang PR menjanjikan lebih banyak langkah yang
populis.
“Anda boleh gelarkannya politik Santa Claus,” tulis Reme Ahmad penolong
pengarang berita luar dalam akhbar Straits Times dalam laman pendapat untuk
edisi hari Ahad.
Beliau menegaskan Najib, yang mengetuai Barisan Nasional (BN), telah
menabur lebih banyak “saguhati” wang tunai untuk meringankan kos sara hidup
yang meningkat yang menjadi isu keutamaan buat 40 peratus daripada 13.3 juta
pengundi yang masih bergelut dengan isu-isu asas seharian; isyarat bahawa lebih
banyak diberikan jika kerajaan sedia ada kekal memerintah.
Antara berbilion ringgit gula-gula yang beliau senaraikan adalah pemberian
bantuan tunai RM500 kepada setiap isi rumah, RM200 rebat telefon pintar kepada
ribuan remaja, RM250 baucar buku pelajar sekolah dan pada minggu lepas
pengumuman kenaikkan gaji kepada 230,000 polis dan askar—yang dianggap sebagai
kelompok utama menyumbangkan undi tetap kepada pemerintah.
Penulis juga menegaskan bahawa Pakatan Rakyat (PR), yang juga dilihat
sebagai pesaing mantap untuk merampas kuasa pusat buat kali pertama, turut
menjanjikan banyak gula-gula.
Antara yang disenaraikan beliau ialah pendidikan percuma, tarif
perkhidmatan utiliti yang lebih rendah, mengurangkan kos pengangkutan keatas
kereta dan petrol serta tol lebuh raya yang menjadi kunci utama dalam manifesto
PR yang dilancar bulan lepas.
“Tetapi yang merisaukan ialah ahli politik yang mengheboh-hebohkan.
“Tetapi semua gula-gula dikeluarkan atau dijanjikan, mampukan kerajaan
selepas ini memindahkan lebih banyak wang awamke arah aktiviti-aktiviti yang
produktif seperti menaik taraf pelabuhan dan meningkatkan pendidikan pekerja,
atau mungkinkah mereka terpaksa memberi lebih banyak gula dan rempah kepada
pengundi yang sudah mendapat manfaat daripada semua yang baik?” soal penulis.
Reme berkata realitinya semua gula-gula janji dan urusniaga dengan lebih
banyak saguhati tidak semestinya akan menarik sokongan pengundi, menurut
beberapa pemerhati politik yang berkata disini.
“Realiti yang teruk ialah lebih banyak kamu beri, lebih banyak mereka mahu.
“Tujuan kedua ia semua hadiah percuma tersebut harus dibayar oleh seseorang
yang berada dalam garisan tersebut,” kata Reme.
Beliau menegaskan Malaysia sudah berada dalam tahun ke-16 bajet defisit
sejak Krisis Kewangan Asia 1997 dimana wang digunakan untuk dibayar ke atas
belanja kerajaan datang daripada cukai dan “bank-bank rakus lain seperti
syarikat minyak Petronas”.
Beliau mengingatkan hasil cukai yang mungkin boleh dibelanjakan untuk
membina jalan raya baru sebaliknya boleh disalurkan untuk tujuan lain bagi
memastikan janji-janji pilihan raya politik, seperti subsidi harga petrol atau
membayar pampasan kepada syarikat lebuh raya untuk menghapuskan tol.
“Dalam kata lain, mereka akan dibayar oleh pengundi yang sama menyangka
mereka mendapatnya secara percuma,” kata beliau.
No comments:
Post a Comment