Lepas satu, satu lagi cerita yang timbul tentang ribut dalam rumahtangga
selebriti, tidak pula tahu dimana silapnya. Kekadang hanya lakonan dilihat mesra
di mata umun, tapi akhirnya meletup dan tak dapat diselamatkan lagi...
Pelakon popular tak tahu dari mana timbul cerita akan ke
Mahkamah Syariah
Biarpun tiada sebarang
pengesahan daripada Erra Fazira mahupun suaminya, Engku Emran Zainal Abidin,
mengenai kemelut rumah tangga yang cukup hangat diperkatakan selama ini, namun
semakin mendiamkan diri, semakin banyak spekulasi membabitkan kehidupan peribadi
mereka bertebaran.
Terbaru, ada khabar
mengatakan, pelakon, penyanyi dan pengacara jelita itu dan suaminya akan ke
mahkamah syariah, bulan depan. Tujuan mereka ke sana pula masih menjadi tanda
tanya. Apakah ia untuk mendapatkan khidmat nasihat ataupun meleraikan kekusutan
yang kian membelenggu, hanya mereka saja yang tahu.
Pastinya perkhabaran ini
berita yang hangat kerana sebelum ini kedua-duanya tidak pernah membuka mulut
mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku terhadap mahligai yang mereka bina.
Dan, jika benar mereka bahagia seperti yang dikata, mengapa sampai perlu ke
mahkamah?
Begitupun, selagi tidak
mendapat hitam putih daripada Erra dan Emran, selagi itulah juga cerita ingin
ke mahkamah syariah April depan tidak ditelan bulat-bulat.
Ketika dihubungi bagi
mendapatkan kesahihan cerita itu daripada empunya diri, Erra bagaimanapun
menafikan sekeras-kerasnya perkara itu.
Usah percaya cerita orang
Malah, tegas wanita berusia 39
tahun ini, dia sendiri tidak tahu menahu langsung mengenai perkara terbabit.
“Daripada sumber mana pula ni?
Setakat ini, daripada pihak saya, memang tiada langsung cerita untuk ke
mahkamah,” jawab Erra ringkas ketika dihubungi HIP petang kelmarin.
Tegas ibu kepada Engku Aleesya
ini, dia amat memahami serta akur status selebriti yang dipegangnya membuatkan
dia sentiasa menjadi perhatian dan penilaian masyarakat.
Silap percaturan, pasti dia
yang akan menanggung akibatnya. Namun, tegas Erra, walau apapun, bergelar artis
bukanlah tiket untuk dia memukul canang berkongsi kisah peribadi serta
permasalahan dalam rumah tangganya.
“Selagi cerita itu bukan
daripada mulut Erra sendiri, jadi tak usahlah percaya.
Sebelum ini pun ada banyak
cerita yang tidak benar diperkatakan orang. Erra tak mahu cerita seperti itu
akan mencetuskan rasa kurang enak dalam rumah tangga kami,” katanya
mengharapkan pengertian.
Ketika ditanya mengenai status
rumah tangganya, Erra enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara
itu.
“Tolong fahami permintaan saya
yang kecil ini. Saya ada sebab musabab untuk tidak bersuara. Saya mohon
pemahaman daripada anda semua,” katanya.
Emran membisu
HIP turut cuba mendapatkan
penjelasan Engku Emran berhubung perkara itu. Namun mesej yang dihantar tidak
berbalas manakala panggilan juga tidak dijawab.
Tahun lalu, media melaporkan
rumah tangga yang dibina mereka kononnya goyah apabila timbul pelbagai dakwaan
mengaitkan pasangan itu. Gosip perkahwinan mereka yang didakwa goyah itu
dinafikan Erra sambil menyifatkan, perselisihan faham perkara biasa dalam
kehidupan suami-isteri.
Lanjutan daripada itu,
penyanyi lagu Yang Terindah Hanya Sementara itu turut meminta supaya fitnah
membabitkan rumah tangga mereka dihentikan serta merta.-BH
No comments:
Post a Comment