Saturday, March 30, 2013

AS Provoke Korea Utara. Perang Dunia III Bakal Meletus?




Tak habis-habis puak polis dunia ni buat kacau..
Terakhir sekali di Afghanistan dan Iraq..
Sekarang nak acah Presiden ‘budak’ pulak dah
Darah Anak muda sentiasa panas dan pantang dicabar
Bila gajah berjuang, takut kancil yang kena tempiasnya...

 
Jong-un mengarahkan semua jeneral tentera bersedia
untuk serangan pada bila-bila masa.

Korea Utara melakukan persediaan terakhir untuk Menyerang
pangkalan udara AS di Korea Selatan dan Pasifik.




Korea Utara sedia serang AS
SEOUL 29 Mac - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un hari ini mengarahkan persiapan diadakan untuk melancarkan serangan roket ke Amerika Syarikat (AS) dan pangkalan tentera negara itu di Pasifik dan di Korea Selatan.

Arahan itu dibuat ketika Setiausaha Pertahanan AS, Chuck Hagel berkata, Washington tidak takut dengan ancaman Pyongyang dan bersedia untuk bertindak balas terhadap 'sebarang kemungkinan'.

Jong-un mengarahkan unit roket negaranya berada dalam keadaan siap siaga dalam mesyuarat tergempar dengan komander-komander tentera tengah malam tadi.

Tindakan itu diambil beberapa jam selepas pesawat pengebom AS, B-2, yang berupaya membawa bom nuklear menyertai latihan ketenteraan bersama antara Washington dan Seoul di Korea Selatan, semalam.

"Sekiranya AS membuat sebarang provokasi, tentera Korea Utara tidak akan teragak-agak menyerang tanah AS dan pangkalan tentera negara itu di Pasifik, termasuk di Hawaii dan Guam serta di Korea Selatan tanpa belas kasihan," kata Jong-un yang dipetik oleh Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

Meskipun Korea Utara tidak terbukti mempunyai keupayaan untuk melancarkan serangan, Jong-un berkata, ini adalah masanya untuk menamatkan dasar imperialisme AS.

Menurut beliau, penglibatan pesawat pengebom B-2 dalam latihan kedua-dua negara itu semalam, bukan setakat satu demonstrasi tentera, tetapi 'membuktikan bahawa AS akan melancarkan perang nuklear'.

Sementara itu, seorang pegawai tentera Korea Selatan yang enggan dikenali memberitahu agensi berita Yonhap, mereka mengesan 'peningkatan mendadak' dalam pergerakan anggota serta kenderaan tentera di tapak peluru berpandu jarak sederhana dan jauh di Korea Utara.

Meskipun ancaman dari Pyongyang hanya dianggap sebagai retorik kerana belum ada bukti yang mengesahkan peluru berpandu Korea Utara berupaya membedil AS atau Guam dan Hawaii di Pasifik, Washington turut bertindak membalas ancaman itu.

"Kami akan bersiap sedia kerana kami perlu melakukannya untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan.

"Kami perlu memberi mesej jelas bahawa provokasi Korea Utara diambil serius dan kami akan bertindak balas," kata Hagel kepada wartawan di Pentagon bagi mempertahankan penggunaan pesawat B-2 dalam latihan itu. - AFP

No comments:

Post a Comment