Orang pernah berkata...
Dalam kelompok Haiwan TIADA Manusia..
Dalam kelompok Manusia ADA Haiwan!
************************************
Ibu rakam anak
dirogol teman lelaki
SHAH ALAM - Seorang janda bukan sahaja bertindak keji
membiarkan anaknya diratah teman lelakinya, malah tambah jijik dia tergamak
merakam aksi rogol itu menggunakan telefon bimbit untuk kepuasan nafsu.
Nasib kanak-kanak berusia 11 tahun itu mendapat pembelaan
apabila Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun terhadap
wanita itu kerana bersubahat dengan teman lelakinya merogol mangsa, tiga tahun
lalu.
Hakim Latifah Mohd Tahar turut menjatuhkan hukuman
penjara 30 tahun dan 15 sebatan terhadap tertuduh Ma Kassim Sirat, 44.
Ma Kassim, pemandu teksi, mengaku bersalah atas tiga
pertuduhan merogol mangsa di sebuah pangsapuri di Rawang pada 12 tengah malam,
pertengahan Disember 2009 dan 30 Januari 2010, dan jam 10 malam, Mac 2010.
Sementara itu, ibu kanak-kanak itu didakwa bersubahat
dengan teman lelakinya di tempat dan masa yang sama.
Pasangan kekasih itu didakwa mengikut Seksyen 376 (2)
Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh
dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Peguam Roland Engan dan M Hafiz Zainol Abidin memohon
mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil kira pengakuan salah anak
guamnya yang telah insaf dan menyesal.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Hemy Annerina Haja
Mydin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana peranan ibu mangsa yang
bersubahat dalam kes itu amat mendukacitakan.
"Perkara ini menyedihkan kerana ia tidak pernah
didengar dalam mana-mana kes sebelum ini," katanya.
Beliau yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya R
Kalaiyarasi berkata, mahkamah perlu mengambil kira kesan terhadap mangsa yang
trauma sepanjang hayat akibat perbuatan kedua-dua tertuduh.
"Setiap hari, mangsa akan tertanya-tanya mengapa
ibunya sendiri tidak menyelamatkannya (dari kejadian rogol). Hanya disebabkan
oleh nafsu kedua-dua tertuduh, mangsa berdepan titik hitam dalam hidupnya.
Kecederaan fizikal boleh diperbaiki, tetapi tidak emosi," katanya.
Berdasarkan keterangan mangsa, ibu memanggilnya masuk ke
bilik tidur sebelum Ma Kassim merogolnya.
Pada kejadian kedua, ibu mengumpan mangsa dengan hadiah
sempena hari lahir dan pada kejadian terakhir, wanita itu merakam perbuatan
terkutuk lelaki itu. -SH
No comments:
Post a Comment