Kiram mengarahkan pengikutnya di Sabah menjalankan perang gerila
|
Sultan Sulu Tarik
Balik Gencatan Senjata, Arah Tentera Lancar Serangan Gerila Di Sabah
KUALA LUMPUR, 18 Mac — Jamalul Kiram III yang mengakui dirinya Sultan Sulu
telah menarik balik gencatan senjata bagi pihaknya dan mengarahkan pengikutnya
di Sabah menjalankan perang gerila keatas pasukan keselamatan Malaysia, menurut
laporan media Filipina.
The Philippine Star memetik Sultan Sulu tersebut berkata bahawa penarikan balik tenteranya
yang diketuai oleh adiknya Agbimuddin di Sabah bukan suatu pilihan.
“Mereka sudahpun berada di tanahair mereka, mengapa perlu
pulang semula?” kata Kiram kepada wartawan di kediamannya di Bandar Taguig.
Abraham Idjirani yang merupakan jurucakap kesultanan
berkata penentangan di Sabah akan diteruskan.
Beliau berkata arahan gencatan senjatan yang ditawarkan
oleh kesultanan telah ditarik balik dan tentera sultan telah diarahkan untuk
menjalankan operasi “serang dan lari” keatas Malaysia.
Jamalul juga mengakui adiknya tersebut masih lagi di
Sabah berbeza dengan laporan daripada pihak berkuasa Malaysia yang mengatakan
Agbimuddin telah melarikan diri ke Selatan Filipina.
Idjirani dilaporkan telah bercakap dengan Agbimuddin
malam Sabtu dan diberitahu bahawa kumpulan mereka masih kuat.
Menurut akhbar Filipina,
Idjirani berkata pengikut kesultanan yang berjumlah 170 orang berpecah
kepada tiga kumpulan untuk mengelak daripada dijejaki pesawat pengintip
Malaysia yang berlegar-legar di udara sekitar Lahad Datu.
Namun, Philippine Star melaporkan Agbimuddin telah
kembali ke wilayah asalnya di Sulu bersama-sama dengan pengiring, termasuk
beberapa individu daripada Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), ia
menurut sumber daripada pegawai keselamatan yang dirahsiakan.
Menurut akhbar itu lagi, pegawai keselamatan tersebut
berkata Agbimuddin mungkin telah melepaskan diri dari Lahad Datu semasa
perjalanan ke Sandakan dan menyusup sama ada ke Sibutu atau Sitangkai.
"Ia mugkin orang lain yang mereka sekat, kemungkinan
umpan atau untuk mengalih perhatian bagi memberikan mereka laluan masuk,"
kata sumber tersebut yang merujuk kepada penahanan oleh Tentera Laut Filipina
minggu lepas.
Pihak berkuasa Filipina telah memintas dua bot membawa 35
pengikut Sulu bersenjata berhampiran di Kepulauan Taganak dan menempatkan
mereka di pengkalan tentera laut di Bato-bato, Panglima Sugala.
Agensi berita negara melaporkan pasukan keselamatan
Malaysia baru-baru ini telah dua kali bertempur dengan penceroboh bersenjata
Sulu pagi semalam, 36 hari selepas 200 pengikut Sulu yang diketuai Agbimuddin
mendarat di Tanduo, yang mendakwa diri mereka Tentera Diraja Kesultanan Sulu.
Pasukan keselamatan telah hilang 10 anggota - lapan
anggota polis dan dua tentera.
Seorang remaja yang tidak dikenali juga telah ditembak
mati pada hari keenam Ops Daulat.
Pertempuran bersenjata semalam memecah tempoh aman selama
lima hari sepanjang pasukan keselamatan memburu baki penceroboh Sulu dalam
operasi Ops Daulat yang semakin berakhir.
Semalam Bernama melaporkan, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk
Hamza Taib berkata anggota keluarga Jamalul Kiram antara 104 orang yang ditahan
di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Beliau berkata operasi membanteras pengganas tidak hanya
tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram, yang didakwa dalang insiden
pencerobohan di Sabah sejak 12 Feb lepas, kerana polis turut menjejaki kaum
keluarga anggota militan lain yang dipercayai terlibat insiden pencerobohan
itu.
Malaysia melancarkan Ops Daulat tiga minggu selepas
kira-kira 200 lelaki bersenjata mendarat pada 9 Februari, memulakan serangan
dengan pengeboman udara dan tembakan meriam berat sebelum menghantar tentera
darat untuk menjalan operasi pembersihan dikawasan perkampungan dimana
Agbimuddin dan pengikutnya bersembunyi.
Namun, Agbimuddin dan pengikutnya berjaya menyusup keluar
dan dipercayai menerima bantuan daripada penduduk tempatan sekitar, malahan
terdapat antaranya yang ditahan untuk disoal siasat.
Kaum keluarganya di Filipina juga mendakwa dalam media
bahawaAgbimuddin telah menghubungi mereka beberapa kali sepanjang minggu lalu
untuk memberitahu mereka masih selamat.
Khamis lepas, puak Kiram menawarkan gencatan senjata
tetapi enggan mengeluarkan tentera mereka dari Lahad Datu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak permintaan
itu, mengarahkan kumpulan bersenjata menyerah diri tanpa syarat dan atau
berhadapan dengan kematian. -minsider
No comments:
Post a Comment