Bertempur
4 kali
Lahad Datu: Empat pertempuran berlaku antara
pengganas dan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi menggeledah dan
menjejaki musuh di kawasan Tanjung Batu, kelmarin.
Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kematian
membabitkan anggota pasukan keselamatan atau pihak musuh dilaporkan dalam
pertempuran antara jam 8.05 pagi hingga 5 petang itu.
Operasi
selesai hari ini
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib,
berkata operasi menggeledah, menjejaki musuh dan membersih kubu pengganas di
Tanjung Batu dijangka selesai hari ini.
“Kita percaya bilangan pengganas yang tinggal,
kurang daripada 50 orang. Itu pun sudah berpecah dalam kumpulan kecil selepas
operasi dilancarkan pasukan keselamatan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar
bersama Panglima 1 Divisyen Infantri Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Ahmad
Zaki Mokhtar di Felda Sahabat 16 dekat sini, semalam.
62
pengganas terbunuh
Sehingga semalam, 62 pengganas ditembak mati dan
241 orang ditahan kerana memasuki kawasan zon merah serta pelbagai kesalahan
lain.
Ahmad Zaki berkata, pasukan keselamatan
mengukuhkan operasinya berikutan penggunaan kenderaan perisai berantai jenis
Adnan di kawasan zon merah, sejak semalam.
Katanya, Adnan yang mempunyai kelengkapan
persenjataan tinggi itu membolehkan pasukan keselamatan bergerak ke lebih
banyak lokasi, khususnya meredah kawasan sukar dilalui anggota keselamatan yang
dikenal pasti kemungkinan menjadi tempat persembunyian musuh.
“Alhamdulillah pagi ini (semalam) kenderaan
perisai berantai mula masuk ke kawasan operasi termasuk Tanjung Batu. Operasi
menggeledah giat dijalankan dengan bantuan kenderaan itu.
Guna
perisai berantai
“Jadi, kita harap semua berjalan baik. Kita
percaya dengan bantuan perisai berantai, lebih luas lokasi yang boleh diredah
berbanding sebelumnya.
“Kita berdoa semoga dengan bantuan kenderaan itu
membersih sepenuhnya kawasan berkenaan,” katanya.
Selain kelengkapan persenjataan, kenderaan
perisai berantai jenis Adnan juga mampu memasuki kawasan berpaya,
berbukit-bukau dan tanah lembut.
No comments:
Post a Comment