Li Keqiang |
BACA SAMPAI ABIS, ADA SESUATU YANG MENARIK DISINI..
BEIJING - Perdana Menteri China Li Keqiang menggesa rakyat supaya bangkit menentang rasuah, dan berkata kerajaan baru sedia menerima "seliaan" daripada masyarakat dan media mengenai tadir urus yang bersih.
BEIJING - Perdana Menteri China Li Keqiang menggesa rakyat supaya bangkit menentang rasuah, dan berkata kerajaan baru sedia menerima "seliaan" daripada masyarakat dan media mengenai tadir urus yang bersih.
Beliau berkata sebuah mekanisme yang berkesan akan diwujudkan bagi
menentukan tidak berlaku rasuah di kalangan pegawai; atau mereka akan menerima
padah.
Li berjanji akan berusaha mendapatkan kepercayaan rakyat dan memberi faedah
kepada mereka dengan mengamalkan sikap berjimat dalam perbelanjaan kerajaan.
Agensi berita Xinhua melaporkan beliau sebagai memberi jaminan bahawa
bilangan petugas awam, perbelanjaan bagi keraian rasmi, lawatan rasmi keluar
negara dan pembelian kenderaan rasmi akan dikurangkan.
Li berikrar bahawa kerajaannya akan mengurangkan 1,700 bahan pentadbiran
yang telah diluluskan pada kadar sekurang-kurang satu pertiga dalam tempoh lima
tahun akan datang. – Bernama
Cuba Lihat DiSini Pula..
Sejak 50 tahun Umno-BN menerajui negara, parti
nasionalis itu yang bergabung dengan MCA, MIC dan Gerakan serta beberapa parti
kecil lain termasuk di Sabah dan Sarawak tidak sunyi dari terpalit dengan
skandal rasuah.
Ramai
pemimpinnya dituduh dan didakwa atas kesalahan rasuah, ada yang telah dikenakan
tindakan, tidak kurang yang terlepas bebas meskipun wang negara 'punah'
dikerjakannya.
Penulis
sempat merekodkan beberapa jenis skandal dan dakwaan yang pernah dihadapkan
kepada pemimpin Umno oleh pelbagai latar masyarakat untuk tatapan pembaca
menjelang Pilihan Raya Umum ke-13..
Berikut
adalah senarai beberapa nama pemimpin dan jenis skandal
penyelewengan
yang pernah dilakukan :
1) Skandal
rasuah Bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo :
Tuduhan :
Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua
lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada
pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan iadibeli
oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
Perbuatan
itu didakwa dilakukan dalam keadaan Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai
hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.
Dr Mohamad
Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di
kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di Shah
Alam, pada 29 Mei 2007.
Hukuman :
Pada 23 Disember, Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa
serta-merta dan memerintahkan harta terbabit dilucut hak kepada kerajaan
Malaysia.
2) Skandal
komisen Kapal Selam membabitkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun
Razak ketika menjadi Menteri Pertahanan, dengan Abdul Razak Baginda - Skandal
Scorpene RM500 juta komisen
Dakwaan :
-Transaksi pembelian kapal selam Scorpene buatan Perancis itu oleh Malaysia
dikatakan dicemari dengan penyelewengan melibatkan komisyen hampir RM500 juta
kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd.Ia juga dikatakan ada kaitan dengan pembunuhan
ngeri model Mongolia, Altantuya Shaaribu.
-Rundingan
itu membabitkan pembelian sebuah Agosta dan dua kapal selam Scorpene kepada
kerajaan Malaysia melalui satu kontrak bernilai RM4.3 bilion (1 bilion euro)
yang dimeterai pada 2002 dengan DCNS, yang dahulunya dikenali sebagai DCN, sebuah
syarikat membuat kapal yang bekerjasama dengan syarikat pembuat kapal perang
Sepanyol, Thalès.
Hukuman :
Tiada pendakwaan dalam kes ini.
3) Skandal
PKFZ - Membabitkan bekas Menteri Pengangkutan, Dr Ling Liong Sik yang juga
bekas Presiden MCA.
Tuduhan :
Pada 9 Julai 2010, Dr Ling didakwa atas satu tuduhan utama dan satu tuduhan
pilihan menipu kerajaan Malaysia dengan mengelirukan Jemaah Menteri untuk
memberikan persetujuan terhadap pembelian tanah di Pulau Indah.
Beliau
didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu antara 25 Sept 2002 dan 6 Nov 2002 di
Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya.
Mengikut
pertuduhan utama, Dr Ling didakwa menipu Kabinet untuk mempersetujui pembelian
tanah mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd
(KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).
Skandal
PKFZ melibatkan banyak pihak seperti KDSB, LPK lain-lain disebabkan wujud
penyelewengan sehingga kosnya melambung RM4.6 bilion.
Hukuman :
Masih dibicarakan
4)
Skandal-skandal Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Pehin, Abdul Taib Mahmud dan
keluarga :
Dakwaan :
Dakwaan Taib Mahmud memiliki empayar perniagaan bernilai RM3 billion
-Adik
beradik Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan anak-anaknya akan memegang kepentingan 50
peratus sebanyak RM250 juta bersamaan USD80 juta
-Tiga
pengadu itu – John Brian Anthony, Ting Cek Ming dan Kung Chin Chin menggesa
suruhanjaya itu menyiasat ‘empayar’ perniagaan Taib dan keluarganya yang
didakwa bernilai ‘lebih RM3 bilion’ berdasarkan apa yang dilaporkan di blog
sarawakreport.org termasuklah termasuk memiliki hotel mewah di Australia dan
hartanah komersial di tapak utama di Kanada melalui cara yang disangsikan.
-Pembabitan
keluarga Taib dalam konglomerat terbesar negeri itu Cahaya Mata Sarawak.
-Taib
telah dikaitkan dalam skandal membabitkan sogokan RM32 juta yang dibayar oleh
firma-firma perkapalan Jepun yang mengangkut balak dari negeri tersebut susulan
daripada laporan daripada akhbar The Japan Times Online.
-Dan
antara yang terkini adalah pendedahan Sarawak Post yang mendakwa Ketua Menteri
Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud memperuntukkan RM1.8 Bilion kepada “orang yang
tidak dikenali” pada tahun 2009.
Hukuman : Tiada
pendakwaan.
5) Skandal
Pusat Fidlot Negara (NFC) membabitkan Ketua Wanita Umno, Dato' Seri Shahrizat
Abdul Jalil berjumlah RM250 juta.
Dakwaan :
Menggunakan dana melalui NFC membeli satu unit kondominium mewah di Bangsar
dengan bayaran berjumlah RM9.8 juta dan di Singapura bernilai kira-kira RM10
juta.
-Untung
RM600,000 melalui simpanan tetap (Fix Deposit)
-Pegangan
saham yang dimiliki ahli keluarganya termasuk suami, Dato' Dr Mohammad Salleh
Ismail (249,999 unit); anaknya, Wan Shahinur Izran Mohammad Salleh (250,000
unit) dan Wan Shahinur Izmir Mohammad Salleh (1 Unit) dalam NFC.
- Pada 6
Mei 2009, NFC memindahkan RM116 juta daripada pinjaman ini ke dalam akaun
deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad.
- Sebanyak
RM827,579 diguna untuk melancong ke luar negara pada tahun 2009 menggunakan
NFC.
-Suaminya,
Dr Mohammad Salleh pula dikaitkan dengan dakwaan rasuah pihak berkuasa melalui
orang tengah, Dato' Shamsulbaharin.
Hukuman :
Sedang dalam siasatan SPRM
6) Skandal
bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Md Taib :
Dakwaan :
Pemilikan harta melampau. Tidak dapat dinafikan bahawa harta Muhammad Taib yang
melampau bukan daripada gaji dan elaun sebagai Menteri Besar.
-Dari kes
beliau PP vs Tan Sri Muhammad Muhd Taid (Criminal Trial 45-28-98) yang diadili
oleh Hakim Abdul Wahab Patail menyebut bahawa nilaian harta yang diisytihar
Muhammad Taib ialah RM 30,831,306.15. Ini adalah harta yang dimaklumkan dalam
kenyataan
bersumpah beliau.
-Harta
pegangan beliau melebihi 74,500,000.00 juta ringgit tidak termasuk tanah dan
pegangan saham beliau.
-Muhammad
Taib pernah ditahan di Australia kerana gagal mengistiharkan pegangan tunai
melebihi 1,000,000.00 wang campuran mata wang asing.
7) Skandal
penggunaan wang zakat membabitkan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato'
Seri Jamil Khir Baharom, menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam.
Dakwaan :
Bukti pertama pendedahan mengenai dokumen membabitkan Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan (MAIWP) termasuk baucer bayaran bertarikh 29 April 2010
sebanyak RM32,150.00.
- Bukti
kedua merupakan surat Ketua Audit Negara, Tan Sri Dato’ Setia Ambrin Buang
kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara, Dato' Seri Azmi Khalid yang
mengesahkan RM63,650 wang zakat digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP.
Jumlah
merangkumi bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan
RM32,150yang tercatat di dalam baucer tersebut.
Bukti
dalam dokumen itu termasuk tandatangan dari Setiausaha MAIWP, Datuk Che Mat Che
Ali yang meluluskan wang zakat itu untuk dibayar kepada syarikat guaman Zainul
Rijal Talha dan Amir bertarikh 28 Januari 2010.
Jamil, Che
Mat dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain melantik
syarikat itu bagi mewakili mereka dalam kes tuntutan qazaf bertujuan menghalang
kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibicarakan di Mahkamah Syariah
Hukuman :
Tiada pendakwaan.
8) -
Skandal membabitkan Setiausaha Politik bekas Menteri Kewangan II, Hasbie Satar
(Tan Sri Mohammed Nor Yakcop) yang kini menjadi Menteri di Jabatan Perdana
Menteri.
Setiausaha
Politiknya, Hasbie Satar ditahan SPRM, di pangsapurinya di Teluk Air Tawar,
Pulau Pinang, bersama penemuan wang tunai yang diikat mengikut nilai RM5, RM10,
RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM2 juta. Beliau dituduh mengikut Seksyen
4(1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.
9) -
Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan
dikaitkan dakwaan mengirimkan wang secara haram ke luar Negara membabitkan RM10
juta ke London pada tahun 2008.
10) -
Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam dikenakan tindakan disiplin oleh
Lembaga Disiplin Umno berikutan rasuah wang dalam Pemilihan Umno.
Turut
dituduh ialah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin namun Khairy hanya diberikan
amaran sahaja. Sementara siasatan mengenai dakwaan Ali Rustam mengamalkan politik
wang bagi bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno dalam pemilihan parti tahun
2010 telah ditutup SPRM.
Paling
besar, pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohammad banyak mencatatkan dakwaan
kronisme dan rasuah.Berikut senarai yang sempat dicatatkan penulis :
Skandal-skandal
bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir MohammadMahathir menjadi Perdana Menteri
paling lama dalam sejarah Malaysia selama 22 tahun.
- RM1.8
billion di mana Mahathir sendiri yang meluluskan sendiri (bail-out) untuk
syarikat Mirzan Mahathir, Konsortium Perkapalan Berhad/Diperdana. Membelanjakan
RM836juta untuk membeli 11 kapal tangki dari KPB.
-
Pengambil-alihan syarikat perkapalan MISC (Malaysia International Shipping
Corp.) pada Nov 1998 (62% ekuiti).
- Untuk
menyelamatkan DRB-Hicom (Proton) melibatkan perbelanjaan RM999.4 juta (27%
ekuiti).
-
Berkali-kali digunakan (RM4 bilion) untuk menyelamatkan BBMB yang hampir
bangkrap kerana hutang lapuk tidak berbayar tokoh-tokoh korporat.
- Membeli
Boeing 747 dari Pratt & Whitney pada Julai 1985, untuk disewakan kepada MAS
dan menyelamatkan MAS daripada berhutang dengan Rolls-Royce.
- Dipaksa
membeli Menara Dayabumi pada Mac 1988 dengan harga 2 kali ganda dari harga
pasaran dan dijadikan ibu pejabatnya sebelum berpindah ke Menara Berkembar
Petronas.
40% ekuiti
Putrajaya Holdings untuk bina bandar Putrajaya dan projek MSC bernilai RM19
bilion.
- Menteri
Umno melakukan rasuah, disiasat BPR, cukup bukti tapi pendakwaan disisihkan.
Dato' Seri Rafidah Aziz melakukan 5 kesalahan mengagihkan saham-saham kepada
menantunya Fazrin Anwar.
- Mahathir
telah menghalang pendakwaan ke atas Rafidah di mahkamah, Menurut laporan
Jabatan Peguam Negara 14 Mac 1995, terdapat kes prima facie Rafidah telah
melakukan rasuah.
Perbuatan
Mahathir menghalang proses undang-undang dijalankan dianggap sebagai satu
kesalahan jenayah.
-
Mengamalkan kronisme dan nepotisme secara berleluasa dan berterusan dalam
pemerintahan BN. Siapa kroni Mahathir : Ananda Krishnan (Binariang), William
Chin (Lion Group), Hanif Omar (Genting), Francis Yeoh (YTL), Jefrey Chia
(Sunway Group), Lim Kim Yew (Mines Resort), Vincent Tan (Berjaya, Sport Toto,
Raleigh Bhd), Halim Saad (Renong, Faber Group, Park May, CAHB, UEM, Ho Hup),
Tajuddin Ramli (MAS, TRI, Celcom), Wan Azmi Wan Hamzah (Land & General Bhd,
Amway, RJ Reynolds), Mohamad Anwar Senawi (Landmarks Bhd), Abu Zahid (Perwaja,
Maju), AP Arumugam, Lim Kok Wing, Hj Basir Ismail, Nordin Sopiee, Tengku Adnan,
Shamsudin Abu Hassan, Ting Pek Khing (Ekran - Bakun), Eric Chia (Perwaja), Tan
Sri Tiong (MEC), Dato’ Soh Chee Wen, Kadir Jasin (NSTP, MRCB, TV3, Malakof)
dengan saham bernilai RM1.5 bilion. Ahmad Razali (Pengerusi Tabung Haji) ipar
Mahathir. Anak-anak Mahathir mempunyai 218 buah syarikat sendirian berhad:
Mokhzani (Pantai Holding Bhd, KL City Corp, THB, Tongkah Holding)(Tongkah
Medivest Bhd dianugerahkan projek penswastaan ‘hospital support services’),
Mirzan (KPB, Artwright Holding Bhd, Capetronic, Dataprep, Diperdana, KIG, Lion
Corp, Transmile, Worldwide, Mamee-Double Decker, Sunway Building) dan Mukhriz
(Ajiya Bhd, Reliance Pacific Bhd).
-Renong
Group diberi keuntungan secara mudah/percuma bila dianugerahkan tanah seluas
27,000 ekar di Gelang Patah, Johor. Harga jual tanah tersebut RM1.00/kaki
persegi. Bila projek Link Kedua siap tanah itu dijual semula kepada kerajaan
Umno dengan nilai RM10/kaki persegi.
- Tan Sri
Eric Chia yang menyebabkan kerugian Perwaja sebanyak RM2.985
bilion yang ada melibatkan kelulusan dan kepentingan Mahathir.
- Daim
Zainuddin menerima ratusan juta ringgit hasil agihan saham Resort World
sepertimana laporan polis oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim pada Julai 99.
-Anwar
melaporkan Daim melarikan sejumlah RM700 juta ke luar negara. Laporan polis
DSAI yang mendedahkan 3 surat dari tiga tokoh korporat (Tajuddin, Wan Azmi,
Halim Saad) membuktikan Daim terlibat dalam rasuah berbentuk wang dan saham. Sumber
@Info kedai kopi yang meriah dari kawan2:
Kenapa begitu ramai orang politik memusuhi Anwar Ibrahim?
Ketika Dr Mahathir bercuti 3 bulan ke Eropah selepas pembedahan jantung. Anwar memangku jawatan PM. Beliau telah membentangkan satu akta pencegahan rasuah di kabinet. Setiap pelaku rasuah sejak 15 tahun kebelakangan jika tersabit dengan rasuah akan diambil tindakan!
Akibatnya panaslah punggung semuanya. Ada yang telefon PM yg tengah bercuti balik segera, bencana dah mai dah.
Pot pet.. pot pet pakat bincang.. akhirnya carilah jalan camana nak jatuhkan si Anwar petualang ni. Pegawai SPR dihantar siasat pejabat, rumah cari bukti jika ada satu kes pun jadilah. Malangnya tiada kes yang dapat dikaitkan. Tak puas hati, hantar tim SPR yang lain pulak, siasat punya siasat...pon tiada kes. abis tu camana?
Maka timbullah kes Liwat Pertama. Dalam bicara segala bukti di ketengahkan, termasuklah tragedi mengusung tilam yang ada tompokan peta dunia. Apa yang menjadi bahan lawak, pada tarikh pertuduhan dibuat tempat berlakunya adengan dot. dot, Kondo yang dimaksudkan masih belum siap lagi... camana tu? Pendek cerita, kes dibuang. Tiada kes!
Lagi satu pertuduhan dibuat.. menyalahgunakan kuasa campur tangan dalam satu siasatan! Haa yang ni kena getah! Tahun 1998 telah dipecat jawatan TPM dan ditangkap seolah penjenayah #1. Maka duduk lah Anwar dalam tirai besi di Sungai Buloh selama 6 tahun dan dapat lebam mata sekali. Akhirnya Pak Lah yang baik ati, semasa jadi PM, membebaskan si Nuar ni. Maka dengan sebab itulah Anwar di belasah siang, malam, pagi, petang... macam2 cerita yang keluar... yang terbaru fasal Goyang-Goyang!
Cuba bayangkan jika Anwar bersama PK berjaya menduduki PUTRAJAYA!
Ketakutan telah mula dirasai apabila melihat kebangkitan rakyat dalam himpunan Bersih 0.2! sebab itulah orang yang dan pencen umur pun 87 tahun dok kalut pusing satu Malaya... cuba nak lari dari bayang-bayang sendiri.... harap2 panjangkan umur dia, jangan mati dulu... sebab bolehlah rasa macamana menjadi seorang banduan pulak!
No comments:
Post a Comment