Tuesday, March 26, 2013

Enggan Bubar Parlimen, Najib buat fenomena baru TK1M




Tiada siapa dapat meramal dengan tepat
Kecuali PM Najib dan bik mama saja
Malam ini DUN Negeri9 bubar dengan sendirinya
Kesian kat orang Nogori den
Takkan sampai sekarang tak dapat-dapat ilham lagi..
Jika takdir BeeEnd kalah, akan timbul satu lagi 1Malaysia..
KP1M ?… Ketua Pembangkang 1 Malaysia..
Biarkan Luncai terjun dengan labu-labunya… kah3
******************************************

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar secara sinis mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Najib Razak kerana melancarkan 'Takut Kalah 1 Malaysia (TK1M).

Mahfuz mendakwa, Najib enggan membubarkan Parlimen kerana sangat takut hilang jawatan dan kuasa jika kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Sehinggakan kata Mahfuz, Najib sanggup membiarkan Dewan Undangan Negeri Sembilan tamat tempohnya pada hari ini.

"Tahniah kepada Perdana Menteri kerana berjaya melancarkan secara tidak langsung satu lagi projek atau program 1 Malaysia iaitu Takut Kalah 1 Malaysia.

"Dun-dun dan Parlimen akan terbubar dengan sendiri, sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara kita. Najib takut untuk di'report kad'kan oleh rakyat," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Parlimen akan terbubar secara automatik pada 28 April depan.

Manakala pada 7 April (Pahang), 22 April (Selangor), 24 April (Perak), 26 April (Melaka), 28 April (Perlis dan Kelantan), 29 April (Sabah), 2 Mei (Penang dan Kedah) dan 5 April (Terengganu).

No comments:

Post a Comment