Bas Merdeka Rakyat
‘dilencong’ ke ceramah Umno diserang samseng
PAHANG 15 MAC: Genap seminggu selepas diserang sekumpulan
samseng Umno BN di Bukit Katil, Melaka; bas Jelajah Merdeka Rakyat dibaling
batu dan kayu pula dalam program sama ke negeri kelahiran Perdana Menteri, malam tadi.
Ketua Cabang Keadilan Kuala Krau, Suhaimi Said,
berkata bas itu ‘dilencong’ dari laluan asal selepas dihampiri sebuah
lori dengan bendera PAS yang seolah-olah
penunjuk arah untuk ke tapak ceramah di Kuala Mai, Kuala Krau, kira-kira
jam 11 malam.
“Bagaimanapun, lori berkenaan berhenti mengejut di tapak
ceramah Umno sebelum pemandu melarikan diri. Ketika itu bertalu-talu batu
dibaling dan kayu ditusuk ke bas.
“Apabila berita tersebar, penyokong Pakatan di tapak
ceramah berhampiran datang untuk menghalang. Berlaku sedikit pergaduhan tetapi
tiada yang cedera.
“Bas kemudian meneruskan perjalanan ke tapak ceramah
Pakatan,” katanya dan menambah lapan trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU)
membantu menyurai kumpulan samseng Umno yang lari lintang pukang.
Sementara itu, seorang remaja yang terlibat dalam
perbuatan itu mengaku dibayar RM20 untuk
membaling batu dan kayu, selain RM15 sebagi kos motosikal.
“Remaja itu mengaku Umno yang upah mereka tapi takut
untuk dedahkan individu terlibat,” katanya seorang penyokong Pakatan yang
mengenali remaja berkenaan dan bertanya insiden itu.
Untuk tonton rakaman serangan, KLIK INI.
No comments:
Post a Comment