Wednesday, March 20, 2013

8 rakyat Filipina didakwa lancar perang terhadap Agong


Dua anggota polis mengiringi salah seorang dari lapan pengganas 
bersenjata yang baru tiba dari Lahad Datu di Ibu Pejabat 
Polis Daerah Tawau. - Foto Utusan


Seluruh rakyat Malaysia tidak mengalukan kehadiran mereka..
Puak pengacau di bumi berdaulat,
Mengimbau cerita Lebai Malang yang Menang Sorak Kampong Tergadai...
Sebijak-bijaknya ditipu orang jua...
****************************** 

LAHAD DATU - Lapan lelaki suspek pengganas dari selatan Filipina hari ini didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, di sini atas tuduhan keganasan dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Kesemua lelaki itu yang berumur lingkungan 17 hinggga 66 tahun, didakwa mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan kerana melancarkan keganasan, yang membawa hukuman penjara seumur hidup, dan Seksyen 121 kanun yang sama kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail diberi kawalan ketat 
ketika keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah 
Lahad Datu hari ini. - Foto Bernama

Tiada pengakuan direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amelati Parnell, yang bersidang sebagai Majistret.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Datuk Nordin Hassan dan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar, kedua-duanya dari Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.

Mohd Dusuki memberitahu pemberita, kes itu diperintahkan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau.

Katanya, kesemua mereka disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. Turut hadir Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Kawasan sekitar ibu pejabat polis tersebut dikawal ketat oleh anggota keselamatan bersenjata. – Bernama

No comments:

Post a Comment