Tuesday, March 26, 2013

Dah Dapat BR1M, Dipaksa Bersumpah Pula




PENERIMA BR1M DIPAKSA BERSUMPAH UNDI BN DALAM PRU 13 NANTI

PM Najib kata pemberian wang BR1M sebanyak rm500 itu adalah keperihatinan kerajaan barisan nasional kepada kesusahan rakyat. Kerajaan dapat membaca dan merasa denyut nadi rakyat! Katanya lagi… Bantuan ini dapat membantu meringankan beban keluarga, dan tidak ada niat untuk berpolitik juga bukanlah untuk memancing undi pilihanraya umum ke-13 nanti katanya.

Untuk menonjolkan kesucian dan keiklasan yang mendalam itu, maka merondalah PM Najib dan Timbalannya ke seluruh pelusuk Tanah Melayu dari Utara turun ke Selatan, dari Selatan terbang ke Borneo pula. Maka berduyun-duyunlah rakyat datang… yang buta dipimpin, yang tua dikendong, yang capik datang bertongkat sangat teruja akan baik hatinya PM itu.

Dalam katanya itu, ingatlah budi yang ditabur itu, berilah sokongan yang padu, tidak berbelah bagi kepada kerajaan hari ini, kerana jika diberikan mandat untuk 5 tahun lagi, akan dipertimbangkan diganda menjadi rm1000 pula. Ujung-ujung ada pula ayat U help me, I help U!

Tapi sebelum itu… ada pula syaratnya.  Ini Syaratnya

No comments:

Post a Comment