Thursday, March 21, 2013

Adele seminit RM400,000!

Adele



Macam inilah cara macamana artis luar buat duit. Ada bakat yang boleh dijual. Pandai pula cari publisiti. Menyanyi selama 25 minit boleh buat duit berjuta. Seperti juga artis Korea Psy yang buat persembahan dua lagu boleh kaut lebih dua juta di Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Penang baru-baru ini.

Tidak menjadi beban kepada orang yang ada duit bertimbun. Yang penting ada kelas dan hati puas. Apapun terpulang dimana hendak meletakkan antara akal dan nafsu. Jika akal diletakkan dihadapan, maka mudahlah semua urusan. 

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat.”

Adele seminit RM400,000!

Adele mengenakan bayaran lebih RM400,000 seminit untuk persembahan pada majlis perkahwinan? Penyanyi lagu Skyfall itu ditawarkan hartawan Afrika Selatan, Vivian Immerman untuk menyanyi selama 25 minit pada majlis perkahwinan anak perempuan­nya, Megan di Hotel Grosvenor House, London tetapi terpaksa melupakan hasrat itu apabila perlu membayar lebih RM10 juta.

Menurut sumber, Immerman pernah mengundang Amy Winehouse membuat persembahan pada majlis perkahwinan anak sulung­nya, Bianca tiga tahun lalu, lantas berhasrat membawa Adele pula untuk perkahwinan mewah anak keduanya.

“Immerman terkejut apabila dimaklumkan jumlah yang perlu dibayar. Walaupun mampu membayarnya, Vivian merasakan bayaran itu terlalu mahal dan kini mencari artis lain,” katanya kepada akhbar Daily Star.

Adele yang mempunyai anak berusia lima bulan hasil hubungan dengan tunangnya, Simon Konecki, tidak terlalu kecewa apabila Immerman membatalkan niat mengundangnya menyanyi pada majlis perkahwinan anaknya.

Penyanyi hebat itu dipercayai bakal menandatangani perjanjian menjadi model kosmetik dengan bayaran lebih RM47 juta. Adele dalam pertimbangan untuk menerima tawaran daripada Estee Lauder, L’Oreal dan Dior untuk meletakkan wajahnya pada produk mereka.

Sumber akhbar The Sun melaporkan, banyak pihak inginkan Adele, namun hanya akan menerima tawaran itu jika menepati cita rasa.

“Iklan yang memaparkan wajahnya harus mengekalkan personaliti Adele. Banyak usaha perlu dilakukan jika inginkan penyanyi itu bersetuju menerima tawaran diberi,” kata sumber.

Click here: Adele Skyfall
 

No comments:

Post a Comment