Saturday, March 23, 2013

Buku Rosmah Mansor (Biografi) : Harga RM150 (180 m/s) Dicadangkan Edar Ke Sekolah Sebagai Pedoman Semua!





Selalunya kita pernah dengar  buku biografi ini ditulis oleh orang yang termasyur yang ingin berkongsi pengalaman tentang kejayaan seperti J.K Rowling dengan kisah dongeng kanak-kanak Harry Porternya, daripada zero hingga menjadikannya jutawan.

Berlainan pula dengan isteri PM yang menerbitkan buku biografinya katanya untuk menangkis segala tohmahan dan fitnah pihak lawan yang dilemparkan kepadanya. Ada juga yang mempersoalkannya kerana ini adalah hanyalah penafian semata. Maknanya tiada peluang langsung untuk bersoal jawab.

Sehinggakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mungkin telah meneliti dan membaca buku itu mencadangkan agar buku biografi Datin Seri Rosmah Mansor ini diedarkan ke sekolah sebagai pedoman generasi akan datang.

“Saya selalu katakan bahawa pemimpin kira patut menulis mengenai pengalaman dan pemerhatian mereka. “Ini adalah buku yang baik untuk dijadikan pedoman generasi baru 100 atau 200 tahun akan datang,” katanya ketika melancarkan buku setebal 180 halaman itu. [Sumber : Bernama]

Suhubungan itu telah dengar desas-desus menyatakan semua sekolah di Malaysia ini diwajibkan membeli buku ini. Jika hanya sekolah sahaja yang diwajibkan tidaklah menjadi beban, takut pula semua guru pula wajib untuk membelinya. Haru dibuatnya!. Bagaimana pula jika murid pula diwajibkan? Lagi haru-biru dibuatnya!


Dalam buku biografi itu “Wanita Pertama” ini berpeluang pula menjelaskan tentang barangan kemas mewahnya…

-Sebenarnya, sudah menjadi perkara biasa sebenarnya, isteri Perdana Menteri menerima barang kemas yang mahal dan hadiah yang berharga semasa dalam tugas rasmi. Antara hadiahnya yang pernah diterimanya oleh tetamu adalah seperti cincin, jam tangan, barang kemas dan lain-lain.

-Dalam tulisan itu juga, Rosmah Mansor menjelaskan bahawa beliau kelihatan mewah kerana memakai perhiasan yang dihadiahkan oleh para tetamunya, demi menjaga hati individu berkenaan.

-Katanya, tidak manis sekiranya pemberian mahal ditolak, dan ia menjadi pembaziran sekiranya barang kemas tersebut, termasuk cincin, jam dan perhiasan diri itu disimpan dalam peti besi.

-Hadiah-hadiah mahal yang diterima Rosmah Mansor tidak diumumkan kepada orang ramai untuk mengelakkan perasaan riak yang akhirnya menyebabkan beliau merasakan difitnah sehingga ke hari ini.

-Ada juga barang-barang yang dibeli dengan wangnya sendiri.

-Jelasnya, sebagai isteri perdana menteri mahu kelihatan kemas dan terhias apabila mengenakan perhiasan berkenaan, yang turut melibatkan barangan yang dibelinya sendiri.

- “Saya tidak mahu kelihatan selekeh kerana apabila saya selekeh akhirnya saya dikritik,” tambahnya yang bimbang akan diejek apabila masyarakat melihat penampilannya seperti itu.


Juga kaitan dengan kes pembunuhan misteri…


'Cicak pun takut, bagaimana mahu bunuh orang?'

Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor mengambil peluang dalam buku biografinya untuk menjelaskan bahawa beliau tidak berada di tempat pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu pada malam 19 Oktober 2006.


Rosmah berkata beliau juga tidak berani untuk berada di tempat yang didakwa sebagai lokasi pembunuhan berkenaan di Mukim Bukit Raja, Shah Alam.

"Bagaimana saya mahu membunuh orang sedangkan cicak jatuh di depan mata pun saya melompat lari. Saya juga takut gelap. Apa lagi saya nak mendaki bukit di tempat yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan. Tidak ada upaya saya berbuat begitu," katanya.

Tambahnya, beliau pada malam itu berada di satu majlis berbuka puasa di bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur bersama seorang pegawai polis, Leftenan Kolonel Norhayati Hassan yang dipercayai seorang pegawainya.

"Saya berada di situ mulai lewat petang hingga tengah malam kerana berbuka puasa, solat maghrib, isyak dan terawih serta moreh di situ. Ramai saksi di situ," katanya lagi dalam tulisan berbentuk soal jawab itu.

Isu berkenaan timbul ekoran dakwaan penulis blog Raja Petra Kamarudin dalam satu akuan berkanun bahawa beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya Rosmah berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.

Raja Petra membuat pengakuan bertarikh 18 Jun 2008 itu ketika perhatian tertumpu kepada kemungkinan berlaku perubahan dalam kerajaan pada 16 Sept, 2008.

Dalam satu wawancara yang disiarkan TV3, sejurus sebelum pilihan raya DUN Sarawak pada April 2011, Raja Petra kemudiannya menjelaskan bahawa beliau tidak pernah menuduh perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga isteri terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya.

Raja Petra mendakwa, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Najib mengambil-alih sebagai Perdana Menteri.

Najib mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri pada April 2009.

No comments:

Post a Comment