Nak dikait
tak gugur-gugur..
Akhirnya
gugur dengan sendirinya…
********************
DUN bubar: Speaker DUN N.Sembilan maklum SPR esok
SEREMBAN, 26 Mac —
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Datuk Razak Mansor akan
memaklumkan secara rasmi mengenai pembubaran secara sendiri DUN negeri ini
kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), esok.
Beliau berkata
pemakluman itu bagi membolehkan badan pengendali pilihan raya mengadakan
pilihan raya bagi negeri ini dalam tempoh 60 hari selepas DUN terbubar secara
sendiri pada Khamis.
"Itupun jika Yang
Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir tidak membubarkan DUN esok di mana
baginda masih boleh berbuat demikian di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan
Negeri.
"Tapi jika tidak
ada pembubaran esok, mungkin pada sebelah petang saya akan menghantar makluman
kepada SPR kerana pada tengah malamnya DUN sudah terbubar," katanya ketika
dihubungi Bernama di sini hari ini.
Sementara itu, Pengerusi
SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pihaknya mempunyai tempoh selama 60
hari selepas Khamis ini untuk menentukan tarikh bagi penamaan calon dan pilihan
raya bagi negeri ini.
Bagaimanapun katanya,
SPR mempunyai masa yang cukup untuk menunggu sehingga semua DUN di negeri lain
dan Dewan Rakyat terbubar dengan sendirinya sebelum membuat sebarang keputusan
untuk mengadakan pilihan raya.
"SPR juga akan
mengadakan mesyuarat khas mengenai perkara ini pada masa yang sesuai yang akan
ditentukan kelak," katanya. Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi DUN
adalah negeri pertama yang terbubar secara automatik pada Khamis ini selepas
cukup tempoh lima tahun.
Tempoh lima tahun Dewan
Rakyat pula berakhir 28 April depan.
Pada pilihan raya umum
lalu, Barisan Nasional membentuk kerajaan Negeri Sembilan selepas memenangi 21
kerusi sementara selebihnya dimenangi DAP (10), Parti Keadilan Rakyat (4) dan
PAS satu kerusi.
Sementara itu, Menteri
Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pimpinan parti-parti
pakatan pembangkang membincangkan pada mesyuarat hari ini mengenai tarikh
pembubaran dewan undangan negeri yang ditadbir oleh pembangkang iaitu Selangor,
Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.
Sebelum itu, penasihat
DAP Lim Kit Siang mencadangkan dewan undangan di empat negeri itu dibubar
serentak dengan pembubaran Parlimen untuk memudahkan pengundi menunaikan
tanggungjawab. — Bernama
No comments:
Post a Comment