Saturday, March 16, 2013

Samseng Umno terima RM50 ganggu ceramah Anwar



Makin hari makin menjadi-jadi puak pengacau neh...
Nak report polis pun buat penat saja
Yang ada pun buat2 pekak dan rabun...
sebabnya yang di atas sekali pun 2x5
Lain kali bawak gunting sorang satu...
Dapat tangkap je.. sunat telinganya sebelah
Esok gerenti tak buat kacau dah... pecaya lah
Harga mahal yang patut dibayar rm50 = telinga sebelah! 
*******************************************************************

KUALA LUMPUR 16 Julai: Seorang samseng upahan Umno yang ditangkap ketika mengganggu ceramah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pekan Kuah Langkawi mengaku kumpulannya diberi upah RM50 seorang hanya untuk membuat kacau, kata saksi, Angah Habib.

Samseng Umno yang ditangkap oleh Angah
 
“Mereka sebenarnya adalah kumpulan mat rempit, yang membuat provokasi sejak ketibaan Anwar di Lapangan Terbang Langkawi dan ikut sampai Masjid Pekan Kuah,” kata Angah yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kedah.

Beliau yang bertugas semasa tangkapan pada Ceramah Merdeka Rakyat di situ Jumaat lalu berkata, hampir 30 buah kereta dicalarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dalam insiden berkenaan.

“Mereka ganggu pula ceramah di sebelah malam, calar kereta sambil buat bising terutama ketika Anwar sedang berucap,” jelasnya.

Menurut Angah, selain SAMM, turut serta dalam operasi itu adalah KEADILAN Kedah dan Unit Amal.

Pemuda berusia awal 20 an itu berjaya dicekup sebelum dibawa ke Balai Polis Kuah.

Dianggarkan, lebih kurang 5,000 penyokong hadir dalam ceramah tersebut yang turut mengecam tindakan provokasi samseng upahan itu.

No comments:

Post a Comment