Manning menunjukkan penyelesaian matematik
di sekolahnya di Everton.
|
LONDON - Institut cerdik pandai antarabangsa, Mensa, mengiktiraf seorang
budak berusia 12 tahun sebagai budak genius selepas mendapat skor 162 pada
ujian IQ.
Olivia Manning dari Liverpool juga dikatakan lebih genius daripada saintis
fizik terkemuka Jerman, Albert Einstein dan Profesor Stephen Hawking.
Media tempatan melaporkan dengan catatan IQ sebanyak itu, Olivia muncul sebagai sebahagian daripada
satu peratus orang paling pintar di dunia.
Murid sekolah North Liverpool Academy di Everton itu kini menjadi tumpuan
ramai untuk mendapatkan penyelesaian teori matematik dan fizik.
“Ramai orang datang minta bantuan untuk menyiapkan kerja rumah mereka. Saya
menerima mereka dengan hati terbuka kerana dengan cara ini otak saya sentiasa
berfikir dan membuatkan saya lebih cerdas," katanya dalam laporan
Dailymail.
Olivia mengaku, beliau mudah mengingati formula atau apa juga formasi malah
media juga menyifatkan, sekiranya ukuran IQ beliau mencecah skor sedemikian
maka beliau mempunyai kemampuan menghafal novel karya Shakespeare, Macbeth,
dalam masa 24 jam.
No comments:
Post a Comment