Sosilawati Lawiya |
Setelah
hampir 2 tahun kes perbicaraan pembunuhan tragis yang menggemparkan
ketika beberapa
hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Datuk Sosilawati
Lawiya (usahawan kosmestik) dan 3 yang lain dibunuh kejam dan dibakar, akhirnya
pihak pembelaan menutup kes setelah memanggil 30 saksi.
Apapun
hukuman yang bakal dijatuhkan oleh Hakim, yang pasti arwah Sosilawati dan 3
rakannya tidak akan kembali lagi. Suami atau Isteri serta anak hilang tempat
bergantung harap dan tempat bermanja.
Rakusnya
manusia ini kerana wang ia telah hilang pertimbangan kemanusiaan. Hukuman setimpal
seharusnya mereka terima sebagai keadilan kepada mereka.
**********************
SHAH ALAM: Selepas
memanggil seramai 30 saksi pada perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk
Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang mengambil masa hampir dua tahun
di Mahkamah Tinggi di sini, pihak pembelaan menutup kesnya pada Jumaat.
Hakim Datuk Akhtar Tahir
menetapkan 9 dan 10 Mei ini untuk mendengar hujahan di akhir kes pembelaan
sebelum memutuskan pada 23 Mei ini sama ada keempat-empat tertuduh akan
disabitkan kesalahan atau dibebaskan.
Sebanyak 742 eksibit
ditender dalam perbicaraan selama 110 hari bermula pada 4 Julai 2011, yang
turut membabitkan nota prosiding kira-kira 6,000 muka surat.Pihak pendakwaan
sebelum ini mengemukakan 108 saksi.
Bekas peguam,
N.Pathmanabhan, 43, dan tiga pekerja ladang T.Thilaiyalagan, 21, R.Matan, 22,
dan R.Kathavarayan, 33, diperintah membela diri atas pertuduhan membunuh
Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul
Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Mereka didakwa melakukan
perbuatan itu di Ladang Gadong di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung
Sepat, Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.
Kesemua tertuduh didakwa
mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika
sabit kesalahan.
Barisan pendakwaan
diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, Saiful Edris Zainuddin,
Idham Abd Ghani dan Siti Rohaida Che Hamid, sementara Pathmanabhan diwakili
peguam Manjeet Singh Dhillon dan Pushpa Ratnam, Thilaiyalagan diwakili
Gurbachan Singh, Matan diwakili peguam Amer Hamzah Arshad manakala Khatavarayan
diwakili peguam Hasshahari Johari Mawi.
Terdahulu, ketika
menyoal balas saksi terakhir pembelaan, Roslie Sulle, 36, Manjeet Singh menarik
perhatian mahkamah apabila beliau menunjukkan demonstrasi dengan memasukkan abu
ke dalam sebuah bekas plastik berwarna biru sebelum dimasukkan ke dalam beg
plastik.
Roslie merupakan peguam
yang mewakili mekanik, K.Sarawanan dan pekerja ladang U.Suresh yang menghadapi
empat pertuduhan melupuskan bukti dalam pembunuhan itu di Mahkamah Majistret
Telok Datok, Banting pada 15 Oktober 2010.
Sarawanan, 22, dan
Suresh, 29, kini menjalani hukuman penjara 20 tahun di Penjara Sungai Udang,
Melaka selepas mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan.
Manjeet Singh seterusnya
meminta Roslie memegang beg plastik berisi bekas biru berkenaan sebelum meminta
saksi membuang beg plastik itu ke atas lantai.
"Saya mahu beritahu
anda berlaku pergaduhan di rumah saya malam tadi. Mann Singh dan Mahinder Singh
sedang menari dan saya tidak suka apa yang mereka buat, jadi saya pukul dan
bakar mereka. Sekarang saya bagi anda ini dan anda telah buangkannya.
"Kemudian anda
didakwa di mahkamah, jadi anda telah melakukan kesalahan? Adakah anda tahu
siapa Mahinder dan Mann Singh?," kata Manjeet Singh.
"Saya tidak
tahu," jawab Roslie.Bolehkah anda membantu saya untuk mengasingkan yang
mana Mahinder Singh dan Mann Singh daripada bekas itu," kata Manjeet Singh
dan Rosli hanya tersenyum tidak memberi sebarang jawapan.
"Saya tidak
bergurau. Saya menunjukkan bagaimana tidak masuk akal tindakan anda dan
Timbalan Pendakwa Raya (di Mahkamah Majistret apabila Sarawanan mengaku
bersalah). Jadi bolehkah anda mengasingkan Mahinder Singh dan Mann Singh,"
soalnya dan Roslie menjawab tidak. "Adakah anda melupuskan Mahinder dan
Mann? Bagaimana anda tahu ia bukan abu kucing atau anjing saya?," kata
Manjeet Singh. "Pada masa itu saya dan Puravelan (peguam M. Puravelan)
telah berbincang dan beliau (Puravelan) yang meneliti fakta kes. Saya hanya
menyediakan mitigasi (rayuan)," jawab Roslie.
"Jadi anda
mengatakan Puravelan tidak tahu fakta kes itu tidak lengkap dan ia tidak
menunjukkan sebarang kesalahan? Adakah anda dengar fakta kes itu di mahkamah
atau anda tidak berada di mahkamah," soal Manjeet Singh.
"Saya berada dalam mahkamah,"
jawab Roslie. "Saya beritahu anda ini adalah sebahagian konspirasi untuk
menjauhkan mereka jadi fakta kes boleh digunakan untuk perbicaraan lain,"
kata Manjeet Singh. "Tidak setuju," jawab Roslie. -BERNAMA
No comments:
Post a Comment