Selepas ini makin mudah lah kerja polis
Sebab tugas polis dah kena rembat!
Seronok juga... gaji naik, kerja pun makin ringan
Bolehlah tumpu pada kes yang lebih mencabar pulak..
Teringat pula... ada kawan yang bertanya?
Yang baling batu, kayu, pasu bunga kat Gombak tu puak
mana?
Tang tikam orang tu... puak mana pula?
Tuan polis mesti dah dapat laporan kan?
Didakwa cuba
cetus huru-hara
KUALA LUMPUR - Parti pembangkang dikesan cuba
mencetuskan suasana huru-hara semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dengan
tersebarnya risalah mengandungi cara untuk mewujudkan ketegangan di pusat-pusat
mengundi di kawasan tertentu.
Risalah itu didakwa menyebut, peringkat pertama
yang disarankan untuk dilakukan ialah mewujudkan kekecohan di pusat mengundi
supaya orang ramai kecewa dan kurang senang dengan kelemahan pengurusan,
mewujudkan kumpulan pengundi yang melakukan kekecohan dan memprotes supaya
wujud rasa benci pengundi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Peringkat kedua pula menurut risalah yang tertera
lambang parti pembangkang itu melibatkan pasukan media atas talian yang akan
mewujudkan twitter khas memperlekeh SPR.
Menurut risalah itu, sasaran kekecohan ialah di
kawasan Parlimen Gombak, Lembah Pantai, Permatang Pauh, Setiawangsa, Wangsa
Maju, Bagan Serai, Bukit Katil, Muar, Pandan dan Sabak Bernam.
Strategi kotor itu didedahkan oleh Yang Dipertua
Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM), Datuk Adiwijaya Abdullah dalam
sidang akhbar di tapak Wisma Gayong Malaysia, di sini hari ini.
Adiwijaya berkata, maklumat yang diterima PSSGM itu
agak mengejutkan dan sangat berbahaya kerana membabitkan keselamatan dan
kestabilan negara.
"Kami terkejut apabila terdapat manual pilihan
raya pembangkang yang mengandungi saranan untuk menimbulkan kekecohan semasa
PRU-13 kelak.
"Kemungkinan besar mereka mahu mencipta
suasana tidak aman tersebut agar tindakan dapat diambil terhadap mereka.
Sekiranya pihak pembangkang tewas, ini dilihat membolehkan mereka menuduh
bahawa PRU-13 dijalankan secara tidak adil," katanya.
Dalam sidang akhbar tersebut, Adiwijaya menunjukkan
salinan risalah dengan kepala surat menggunakan lambang parti pembangkang
bertarikh 15 Disember 2012 yang meminta ahli-ahli dan petugas PKR melakukan
kekecohan di pusat mengundi di 10 kawasan Parlimen.
PSSGM, sehubungan itu menggesa agar SPR menyiasat
dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap dakwaan berkenaan.
"Pihak berkuasa juga diharap dapat memberikan
jaminan dan memastikan keselamatan orang ramai semasa pilihan raya nanti
khususnya di tempat pembuangan undi," katanya.
Ditanya penafian Pengarah Strategi PKR, Rafizi
Ramli semalam mengenai penglibatan pakatan pembangkang dalam hal itu, beliau
menegaskan, PKR perlu membuat penafian perkara tersebut secara terbuka.
"Mereka perlu membuat sidang akhbar dan
meminta supaya ahli-ahli mereka tidak melakukan sebarang kekecohan semasa
PRU-13 nanti," katanya.
Sementara itu, usaha Utusan Malaysia menghubungi
Rafizi bagi mendapat penjelasan lanjut berhubung dakwaan tersebut melalui
telefon dan khidmat pesanan ringkas gagal.-utusan
No comments:
Post a Comment