Ada yang Minat?
|
Kampan, 55 telah berkahwin dengan Brang suaminya, 60 selama 40 tahun.
Pasangan itu adalah dikalangan ahli puak Kreung, rakyat minoriti, yang tinggal
di wilayah hutan Ratanakiri, Kemboja.
Tradisi di Kreung apabila perempuan mencapai usia awal remaja ibu bapa
mereka akan membina rumah kecil mereka sendiri atau "Pondok Cinta" di
mana mereka dibenarkan untuk menemui mana-mana lelaki yang ingin datang ke
bermalam dengan mereka.
Terpulang kepada gadis itu
samaada mereka ingin melakukan hubungan seks dengan lelaki tersebut atau tidak, Kebanyakannya mengatakan mereka
menunggu sehingga lelaki itu telah bersedia
"membuktikan cintanya" kepada mereka.
Brang dan
Kampan
|
Masyarakat Kreung menggalakkan hormat menghormati antara lelaki dan
wanita dan kesaksamaan dalam membuat keputusan. Mereka boleh melakukan hubungan
intin jika mereka suka antara satu sama lain dan tidak menjadi kesalahan jika
gadis itu memilih pula lelaki yang lain.
Kampan berkata: "Saya mempunyai rumah saya sendiri apabila kami
pertama kali bertemu. Saya mempunyai banyak teman lelaki, lebih daripada
sepuluh sebelum saya bersetuju untuk berkahwin denagn Brang. Saya fikir dia
sedikit cemburu, kerana ia benar-benar menyayangi saya.
"Pondok Cinta adalah cara terbaik bagi orang ramai untuk mengetahui
jika mereka benar-benar cinta antara satu sama lain. Itulah sebabnya hanya
segelintir orang di sini yang bercerai, kerana mereka telah mengenali antara
satu sama lain” katanya.
Nang Wan, 15 tahun
berdiri di hadapan "pondok cinta"
di mana dia bertemu
teman lelaki beliau.
|
Kong-Kam, 20, perpindah ke Pondok Cintanya setelah
gagal menemui teman lelaki semasa tinggal bersama keluarganya.
|
Vria, 21, telah berkahwin dengan isterinya, Gaham, 21,
sekarang
mereka mempunyai 2 orang anak. Sebelum mereka
berkahwin, mereka
mengakui mempunyai lebih daripada
20 teman lelaki dan wanita.
|
Ku menanti kedatangan mu... |
No comments:
Post a Comment