Belgrade: Tidak seperti manusia lain, Bojana Danilovic
amat unik kerana dunianya boleh dianggap ‘terbalik’ secara keseluruhan dan
keadaan itu membingungkan pakar perubatan.
Bagi Bojana, setiap sesuatu yang disaksikannya dilihat
terbalik disebabkan perhubungan ganjil bagi otaknya memproses sesuatu imej.
Disebabkan masalah itu, Bojana, 28, dilengkapi skrin
komputer dan papan kekunci khas di pejabatnya, selain membaca dari bawah ke
atas.
BOJANA memegang akhbar secara terbalik bagi membolehkan
dia membaca ‘secara normal.’
Experts at the Massachusetts Institute of
Technology and Harvard University,
pictured, diagnosed Bojana as having a
'spatial orientation phenomenon'
|
“Ia cuma cara saya melihat dunia berbeza berbanding orang
lain,” katanya. Bojana berkata, pakar neurologi di Institut Teknologi
Massachusetts dan Universiti Harvard di AS berpendapat, dia menghidap masalah
‘fenomena orientasi ruang’ menyebabkan imej dilihat menjadi terbalik. - The Sun
No comments:
Post a Comment