Orang kata
tepuk sebelah tangan takkan berbunyi
Kisah adik
angkat yang mengangkat terus bini orang…
Berbuat baik biar berpada,
Nanti diri
sendiri yang ternganga..
********************************
ALOR GAJAH
- Gara-gara jatuh hati terhadap isteri orang, seorang remaja lelaki berusia 20
tahun tergamak menculik dan mengurung wanita terbabit yang baru habis pantang
di sebuah rumah, di sekitar daerah ini, sejak minggu lalu.
Suami
wanita terbabit, Zulhairi (bukan nama sebenar), 30, berkata, pada 16 Mac lalu
sebaik terjaga dari tidur, dia terkejut menyedari isterinya, Suraya (bukan nama
sebenar), 28, tiada di sebelah dan
sebuah beg juga hilang sebelum cuba mencarinya di kawasan sekitar.
“Saya
lihat isteri sudah tiada, namun bayi kami yang berusia dua bulan masih tidur
sebelum saya mengangkatnya dan terus keluar mencari isteri selama tiga hari
berturut-turut.
“Selang dua
hari kemudian saya dapat hubungi lelaki terbabit, dikenali sebagai Asyraf
(bukan nama sebenar), 20, dan katanya, dia akan pulangkan isteri saya. Kemudian
kami rancang untuk berjumpa berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, di sini,
kira-kira jam 8 malam.
“Namun
sebaik sahaja dia terpandang saya, dia terus memecut motosikalnya menghala ke
Pulau Sebang dan kelihatan isteri saya membonceng motosikal itu.
“Saya tak
tahu di mana isteri saya disembunyikan sekarang dan saya sangat bimbang
sekiranya dia diapa-apakan lelaki terbabit yang bijak berpura-pura dan bermulut
manis,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara
itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin
Shaharuddin mengesahkan laporan berkenaan dan kejadian dirujuk ke Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah. -SH
No comments:
Post a Comment