Tuesday, March 26, 2013

Selangor akan bubar DUN 22 April

 



Dalam PM Najib tercari-cari tarikh bubar Parlimen
Tapi tak pula terjumpa-jumpa lagi,
Di Selangor dah jumpa dah nombor 22042013
Kita tengok sapa yang kena…
*************************

Selangor akan bubar DUN 22 April

PETALING JAYA, 26 Mac — Kerajaan negeri Selangor akan membubarkan dewan undangan negeri pada 22 April ini, sekiranya Putrajaya tidak mempunyai rancangan untuk membubarkan Parlimen sebelum tarikh tersebut.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan Selangor juga telah berbincang dengan kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang lain untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lain secara serentak.

"Jika kerajaan Persekutuan tidak ada cadangan untuk membubarkan Parlimen sebelum 22 April, maka kerajaan negeri akan bubarkan DUN pada 22 April.


"Kami sedang berbincang, ada kemungkinan Kedah, Pulau Pinang, dan Kelantan akan membubarkan secara serentak," kata Abdul Khalid (gambar) dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

"Adalah baik jika Selangor dan negeri-negeri lain bubar bersama," katanya lagi.

Abdul Khalid sebelum ini berkata bercadang mahu membubarkan DUN selepas perayaan Chap Goh Meh, tetapi pemimpin Pakatan Rakyat (PR) bercadang mahu membubarkan secara serentak dengan kerajaan Persekutuan.

Ini adalah tempoh kedua paling lama melebihi lima tahun selepas jarak antara pilihan raya ketiga dan keempat, yang berlangsung tahun Mei 1969 dan Ogos 1974.

Pemimpin Barisan Nasional (BN) pada 18 Mac telah bertemu dan menentukan senarai akhir calon-calon yang akan bertanding pada 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi DUN.

Parlimen akan terbubar secara automatik pada 28 April dan pilihan raya mesti dijalankan dalam masa 60 hari selepas itu. -malaysianinsider

No comments:

Post a Comment